UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Perhatian kepada penyokong BA yang akan ke Indera Kayangan pada 18 dan 19 Januari ini

Kepada petugas BA yang ke IK dan sampai dengan kenderaan sendiri pada sebelah pagi 18hb dan 19hb Januari, sila berkumpul di Masjid Bukori (Masjid Negeri Kedah yang baru), Jln Alur Malai, Alor Setar untuk solat subuh dan mengambil borang "E" dari para petugas di sana sebelum masuk ke IK.

Ini untuk mengelakkan anda dihalang masuk kerana tiada borang "E".

Pihak polis akan menghalang petugas BA yang tiada borang "E" masuk ke IK, dipercayai langkah terakhir pihak BN untuk menghalang petugas BA berjuang di IK. Ia telah digunakan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

Kepada yang berkenderaan sendiri dan bas rombongan BA, sila pastikan anda semua sampai sebelum subuh di Masjid Bukori untuk mengelakkan kesesakan.

Sila pastikan setiap petugas membawa bendera keADILan/PAS/PRM dan tiangnya untuk kegunaan di IK.

Pastikan seorang petugas membawa satu bendera dantiang, kalau ada lebih adalah dialu-alukan. Setakat ini kita masih kekurangan bendera di IK akibat kekangan kewangan.

1. Sila pastikan anda tidak membawa senjata merbahaya dalam kenderaan untuk mengelakkan fitnah dari pihak BN dan polis (walaupun senjata tersebut untuk tujuan keselamatan).

2. Sila pastikan disiplin serta martabat pendokong BA dijaga, kita perlu hormati hak demokrasi rakyat Malaysia, walaupun dihalang oleh pihak BN dan polis.

3. Sila pastikan anda mendaftar mengikut negeri masing-masing seperti yang dimaklumkan sebelum ini (di IK ada 7 pusat mengundi dan menjadi anak angkat kepada negeri-negeri di Malaysia).

4. Sila tunggu arahan lanjut dari petugas keADILan dan PAS di Alor Setar pada 18hb dan 19hb Januari untuk mempastikan anda tidak dihalang masuk ke IK oleh pihak BN dan polis.

Salam Perjuangan
Dari GERAK KERJA WEBRASMI IK2002.INFO
16hb Jan 2002

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com