UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penahanan dua orang anak saudara Shahidan menguatkan lagi desas-desus 'samseng connection'

KANGAR: Penahanan dua orang anak saudara kepada Menteri Besar Tan Sri Shahidan Kassim semalam menguatkan lagi kepercayaan sesetengah penduduk di sini bahawa kegiatan samseng yang berleluasa sejak akhir-akhir ini ada kaitan dengan taktik kempen UMNO yang diketuai Menteri Besar.

Semalam, seorang anak saudara kepada Menteri Besar telah dikenalpasti sebagai salah seorang ahli kumpulan samseng yang bertindak ganas menculik dan membelasah EXCO Pemuda keADILan Saudara SD Johari. Beliau (SD Johari) telahpun mengesahkan perkara ini kepada pihak polis.

Seorang lagi anak saudara Shahidan ditahan polis kerana membawa parang di dalam kereta.

Kejadian penahanan ini mencemarkan nama baik Barisan Nasional dan sumber dalaman IK '02 memaklumkan bahawa Shahidan kini dikritik hebat oleh pemimpin pilihanraya BN yang lain kerana tidak mampu mengawal 'samseng-samsengnya'.

Kata seorang jurucakap BG BA pula, taktik ganas yang digunakan BN sejak beberapa hari lalu telah memakan diri sendiri kerana rakyat semakin bersimpati dengan nasib petugas BA yang sering ditekan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com