UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




BN gunakan polis takut pengaruh ceramah BA

KANGAR: Bilik Gerakan BA semalam dikepong oleh pihak polis walaupun mengikunt undang-undang, ceramah yang diadakan semasa tempoh kempeh pilihanraya adalah dibenarkan.

Tindakan polis itu menimbulkan suasana kelam kabut apabila lebih 3,500 orang yang telah hadir untuk mendengar ceramah menghadapi kesukaran ke tempat ceramah.

Ceramah malam tadi dihadiri oleh YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat, YB DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail, YB Azmin Ali dan YB Saifuddin Nasution.

Ceramah perdana itu adalah sebahagian daripada siri ceramah pemimpin utama BA yang dimulakan dengan ceramah YAB DS Haji Hadi Awang di Titi Chai baru-baru ini.

IK 02 dimaklumkan pihak BN campur tangan di dalam tugas polis kerana bimbang kehadiran orang ramai yang lebih ramai di majlis ceramah BA memalukan Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi. Beliau pada ketika yang sama hadir dalam satu majlis makan malam percuma kepada pengundi Indera Kayangan anjuran MCA.

Menurut seorang petugas BA, beliau kagum dengan semangat petugas dan orang ramai yang tidak menghiraukan tekanan pihak berkuasa dan tetap menghadirkan diri di majlis ceramah walaupun terpkasa berdepan dengan polis.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com