UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Masa depan pendidikan bahasa ibunda gelap jika MCA menang: ahli seumur hidup MCA

IK: Seorang ahli seorang hidup MCA dan pemimpin persatuan pendidik bahasa ibunda Cina (Dong Zong) semalam memberi amaran bahawa masa depan pendidikan bahasa ibunda akan gelap jika MCA menang.

Ding Nguk Kong berkata demikian dalam satu ceramah yang diadakan di sini semalam. Ceramah itu dihadiri lebih 5,000 orang dan turut mengumpulkan pemimpin terkanan BA seperti YB DS Dr. Wan Azizah Ismail, Dr. Syed Hussin Ali dan lain-lain.

Jumlah kehadiran tersebut, yang kebanyakannya orang Cina, hampir dua kali ganda lebih banyak daripada kehadiran orang ramai di majlis makan malam anjuran MCA dengan Timbalan Perdana Menteri.

Ding juga mengutuk campur tangan kerajaan yang menghentikan mesyuarat tertutup aktivis pendidikan bahasa ibunda di Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, MCA menabur pelbagai janji sebelum pilihanraya umum 1999 mengenai pendidikan bahasa ibunda, tetapi tidak menghiraukannya selepas itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com