UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Masyarakat Cina resah terhadap calon BN

IK: Masyarakat Cina di DUN Indera Kayangan melahirkan rasa resah terhadap pemilihan Setiausaha Politik Menteri Besar sebagai calon BN. Puan Oui Ah Lan, 60 tahun, seorang bekas guru diumumkan sebagai calon BN dalam satu majlis malam, walaupun mendapat tentangan daripada MCA Bahagian Kangar dan hampir kesemua Bahagian-bahagian UMNO di DUN Indera Kayangan.

Sumber-sumber masyarakat Cina melahirkan rasa kesal atas keputusan peribadi Menteri Besar Shahidan Kassim memilih Puan Oui walaupun akar umbi merasakan calon itu tidak mendapat sokongan daripada kaum Cina yang merangkumi lebih 3,500 daripada 8,000 pengundi di kawasan tersebut.

Seorang tokoh MCA setempat menyatakan bahawa pemilihan Oui menunjukkan MCA di Perlis kekurangan tenaga muda kerana terpaksa memilih seorang tokoh veteran yang mungkin tidak mempunyai hubungan baik dengan para pengundi yang lebih muda.

Masyarakat Cina juga merasa gusar atas sikap Oui yang gemar berkonfrontasi serta menolak politik muafakat yang merupakan suatu kebiasaan di negeri Perlis, terutama di kalangan orang Cina.

Berbeza dengan mendiang Dato' Khor, bekas ADUN Indera Kayangan yang meninggal dunia beberapa minggu lepas, Oui bukanlah tokoh yang dapat merapatkan semula parti MCA di Perlis yang bercakaran akibat perseteruan Presiden MCA Ling Liong Sik dengan Timbalannya Lim Ah Lek.

"Oui seorang penyokong Ling yang kuat mempertahankannya walaupun dalam isu yang menimbulkan kemarahan masyarakat Cina seperti pembelian akhbar Nanyang Siang Pau oleh MCA" kata seorang tokoh masyarakat di Pekan Lama Kangar.

Rata-rata masyarakat Cina sedang menunggu pengumuman calon KeADILan.

"Kalau kena pada orangnya, tidak mustahil kami mengundi KeADILan," seru seorang tokoh muda MCA, 35 tahun.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com