UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




BN dipercayai 'edarkan' telefon bimbit kepada wartawan

KANGAR: Pengarah Pilihanraya keADILan YB Azmin Haji Ali mendedahkan baru-baru ini taktik kotor BN yang menggunakan sogokan untuk memenangi pilihanraya kecil Indera Kanyangan.

Pilihanraya kecil yang kelima sejak pilihanraya umum 1999 itu terpaksa dipanggil apabila bekas wakil rakyat MCA, mendiang Datuk Khor Tian Lee meninggal dunia selepas diserang penyakit barah kolon. 19 Januari telah ditetapkan sebagai hari mengundi, sementara proses penamaan calon akan diadakan pada 10 Januari ini.

Menurut YB Azmin, beliau mendapat maklumat bahawa pengarah bersama kempen BN iaitu Tan Sri Shahidan Kassim sudahpun mengagih-agihkan lima telefon bimbit kepada wartawan tertentu.

Sambil mengutuk penggunaan politik wang dalam pilihanraya ini, beliau menyeru agar rakyat membuat pilihan berdasarkan isu dan calon. Beliau juga meminta pengundi supaya tidak termakan dengan pelbagai 'saguhati' yang akan ditawarkan sepanjang tempoh pengundian.

Adalah dijangkakan pelbagai bentuk wang saguhati, projek pembangunan dan lain-lain lagi akan ditawarkan kepada pengundi untuk merasuah mereka. Setakat ini, desad-desus yang tidak dapat disahkan melaporkan bahawa wang-wang berjumlah RM50 hingga RM500 sudahpun disediakan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com