UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PRK IK peluang baik tamatkan karier politik Shahidan

KANGAR: Cakap-cakap pilihanraya di sini menunjukkan bahawa Indera Kayangan akan menjadi 'medan perang' bukan sahaja di antara BA dan BN, tetapi puak-puak di dalam UMNO dan MCA yang sedang bertelingkah.

Sumber-sumber dalaman UMNO dan MCA, yang menyampaikan maklumat kepada BA dipercayai untuk mensabotaj individu tertentu di dalam UMNO dan MCA, membayangkan bahawa PRK ini akan digunakan sebagai 'referendum' kepada kepimpinan Tan Sri Shahidan Kassim.

Sebelum ini, beliau telah dipetik akhbar Star sebagai berkata bahawa jika BN kalah di Indera Kayangan, beliau tidak akan mengetuai BN negeri di dalam pilihanraya yang akan datang.

Menurut pemerhati politik, Shahidan sedar bahawa nyawa politiknya kini berada di hujung tanduk selepas kekalahan di Arau dalam tahun 1998. Selain itu, terdapat kempen terancang untuk menggulingkan beliau dari UMNO Perlis, walaupun ia dinafikan oleh pemimpin UMNO Perlis yang lain seperti Datuk Azmi Khalid.

Dalam pilihanraya kecil Arau 1998, Shahidan dikritik hebat kerana meletakkan adiknya sebagai calon, walaupun tanda-tanda menunjukkan itu akan mengakibatkan kekalahan. Adik beliau tewas di tangan Pesuruhjaya PAS Perlis YB Ustaz Hashim Jasin.

Dalam pilihanraya kecil ini pula, beliau meletakkan Setiausaha Politiknya lalu mengundang kecaman nepotisme sekali lagi, baik dari dalam atau luar parti.

Ramai yang percaya isu 'menamatkan kerjaya politik' Shahidan ini akan digunakan secara meluas oleh BA, memandangkan tahap populariti beliau yang semakin menjunam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com