UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Samseng UMNO ugut petugas

KANGAR: Pada pukul 4 pagi semalam, Bilik Gerakan KeADILan Negeri Selangor di Pengkalan Asam telah didatangi oleh samseng daripada UMNO. Mereka mengugut akan mencederakan Ketua Pemuda Selangor, Sdr Hamidzun Khairuddin, dan menghancurkan bilik gerakan tersebut jika ianya tidak ditutup menjelang senja hari Sabtu 12 Januari ini.

Samseng-samseng itu yang mengeluarkan ayat-ayat lucah menyatakan bahawa KeADILan tidak layak bertanding di Perlis kerana negeri itu sudah cukup "okay" di bawah Menteri Besar Shahidan Kassim. Mereka juga memberi amaran kepada KeADILan jangan berkempen dengan masyarakat Cina setempat.

Dlam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas, samseng upahan Barisan Nasional telah menyerang petugas KeADILan Pemuda Selangor di Damak Laut dan mencederakan mereka hingga luka-luka. Tidak mustahil taktik yang sama digunakan kali ini di Pengkalan Asam.

Petugas Bilik Gerakan Negeri Selangor
Pengkalan Asam






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com