UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tindakan beli pengaruh
LANGKAH TERDESAK BN-AZMIN

KANGAR: Sokongan dan dokongan pengundi-pengundi terhadap KeADILan dan BA yang semakin meningkat dan menyerlah di Indera Kayangan di kalangan semua kaum telah memaksa Barisan Nasional mengambil langkah terdesak membeli pengaruh, kata Pengerusi Biro Pilihanraya Pusat KeADILan, Mohamed Azmin Ali.

Oleh itu beliau tidak terkejut dengan berita ahli-ahli keADILan yang diketuai oleh Mohd Shariff Abd Razak yang didakwa keluar parti itu hari ini. “Ini hanyalah sebahagian daripada siri taktik lapuk yang sering digunakan oleh UMNO pada musim pilihanraya,” kata Azmin.

Azmin berkata beliau mendapat maklumat bahawa (langkah BN ini) hanyalah permulaan siri program terancang taktik kotor yang akan dilakukan oleh BN. “Kita juga mendapat maklumat bahawa BN akan menggunakan taktik kotor termasuk sogokan wang, agihan beras dan mengupah pemuda-pemuda memakai T-shirt Osama ben Laden untuk menakut-nakutkan pengundi-pengundi Cina,” tambah Azmin.

Namun, menurut Azmin beliau yakin pengundi-pengundi Indera Kayangan amat bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda, provokasi dan taktik jijik lagi terdesak yang diamalkan oleh Barisan Nasional. “Malah ia akan melonjakkan lagi sokongan terhadap BA justeru mencatat sejarah dengan menobatkan calon KeADILan, Cikgu Khoo Yang Chong sebagai wakil rakyat DUN Indera Kayangan”.

Menurut Azmin, jentera pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan tidak terjejas malahan semua penyokong dan petugas parti akan terus bekerja dengan gigih. “KeADILan akan terus mengekalkan gandingan mantap dengan rakan-rakan Barisan Alternatif–PAS dan PRM, serta menjalin kerjasama yang berkesan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan masyarakat Cina bagi menyusun strategi yang lebih berkesan untuk menjamin kemenangan calon keADILan”.

Mengenai Mohd Shariff, Azmin berkata KeADILan memang mencurigai sikap dan tindak-tanduk Mohd Shariff akhir-akhir ini. “Tindakan yang tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj kertas penamaan calon berjaya dipatahkan. Biro Pilihanraya Pusat telah bertindak pantas dan tegas dengan melucutkan perlantikannya sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Indera Kayangan. Penyertaan beliau ke dalam UMNO tidak mengejutkan malahan sudah dihidu lebih awal,” tambah Azmin.

“Pun begitu, kita amat memahami masalah peribadi yang dihadapi oleh Mohd Shariff yang senantiasa diburu, ditekan, diugut bertubi-tubi sehingga akhirnya terpaksa tunduk kepada umpan dan habuan yang dijanjikan oleh BN,” ujar Azmin. - ER






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com