UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Anwar mulakan mogok lapar isnin ini! Penyokong akan ikut bersama

KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan ‘berpuasa bantahan’, iaitu tindakan yang menyerupai mogok lapar bermula 9.00 pagi isnin 14 Januari ini, bersamaan masa dan tarikh rayuannya sepatutnya didengar Langkah ini adalah sebagai membantah tindakan pihak pemerintah Malaysia, khususnya badan perundangan yang didakwa melambat-lambatkan mendengar rayuan kes pertama beliau itu.

Mahkamah Persekutuan mulanya menetapkan 27 November 2000 untuk mendengar rayuan tersebut tetapi ditangguhkan kerana Anwar mengalami sakit tulang belakang. Mahkamah tersebut kemudiannya menetapkan tarikh 12 November 2001 sebelum ditangguhkan kerana salah seorang hakim yang bakal mendengar kes tersebut sakit.

Bagaimanapun tarikh berikutnya yang ditetapkan itu 14 Januari tahun ini juga ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan tanpa sebarang alasan. Peguam Anwar Sankara N Nair mengesahkan menerima fax daripada Peguam Negara memaklumkan penagguhan itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui peguam beliau, Sankara N Nair, Anwar berkata beliau amat marah dan kecewa dengan penangguhan kesnya itu. “Saya amat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan. Saya juga sangat kecewa bila mendapat tahu Peguam Negara, Gani Patail terlibat memohon penangguhan tersebut,” Kata Anwar. Anwar telah secara tidak rasmi enggan makan sejak 11 Januari lalu dan diberitakan akan meneruskannya sehingga rayaun kesnya didengar. Mahkamah Persekutuan adalah saluran perundangan terkahir bagi Anwar Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, penyokong-penyokong Anwar akan bersama-sama mengadakan puasa bantahan tersebut yang bermula pasa masa dan waktu yang sama bertempat di ibu pejabat Parti KeADILan Nasional di Pusat Dagangan Seksyen 16 (Phileo), Damansara.

Penganjur program tersebut juga mengalu-alukan penyertaaan orang ramai bagi menunjukknan sokongan kepada Anwar. “ Bagi sesiapa yang ingin bersama-sama menyertai mogok lapar ini, diminta hadir ke ibu pejabat KeADILan pagi isnin ini,” kata penganjur tersebut. -ER






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com