UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pengerusi UPP-IKD dipukul petugas UMNO

KANGAR: IK telah dimaklumkan oleh petugas BA di Perlis bahawa seorang professional muda, Saudara Ahmad Hamdi Datuk Mokhtar telah dipukul oleh petugas-petugas UMNO di Indera Kayangan semalam.

Saudara Ahmad Hamdi adalah Pengerusi Unit Pendidikan Politik Institut Kajian Dasar (UPP-IKD), sebuah persatuan pemikir golongan muda yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. IK dimaklumkan beliau dalam rangka lawatan ke Indera Kayangan untuk membuat tinjauan suasana pilihanraya di situ.

Beliau menerima kesan-kesan luka di tangan dan kepala, dan telah diberi rawatan di sebuah hospital di sini. Beliau menerima beberapa jahitan kerana luka akibat dipukul dengan besi.

Insiden keganasan semakin meningkat akhir-akhir ini, dan ditujukan kepada petugas-petugas BA.

IK dimaklumkan bahawa BN menggunakan khidmat sebuah kumpulan samseng tempatan yang dikenali sebagai 'Kumpulan Gagak Hitam'. Mereka menimbulkan kekacauan bagi tujuan mengundang provokasi dan menakut- nakutkan petugas BA.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com