UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA wujudkan Kaunter ISA

Indera Kayangan: Kempen PRK Indera Kayangan dihangatkan lagi dengan kehadiran isteri-isteri tahanan ISA yang telah mewujudkan Kaunter ISA.

Kaunter itu bertujuan memberi penerangan kepada pengundi-pengundi Indera Kayangan mengenai kezaliman ISA. Ia juga diharap dapat memberi peluang kepada kaum ibu memahami dengan lebih dekat penderitaan yang ditanggung oleh isteri serta ibu para tahanan yang dipisahkan daripada yang tersayang.

IK '02 dimaklumkan bahawa isteri Ketua Pemuda keADILan Puan Bahirah Tajul Aris sudahpun berada di Kangar untuk membantu kempen mansuhkan ISA di situ.

Kaunter ISA yang dikelolakan Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA itu terletak di Bilik Gerakan Utama di Jalan Seruling.

Petugas di sini juga dimaklumkan Puan Hajjah Aliza Jaffar, isteri ahli MPT Haji Saari Sungib akan berangkat pada hari ini. Beliau kemudiannya akan diikuti oleh Puan Zumrah, isteri Dr. Badrulamin Baharom.

Ketika dihubungi, Puan Zumrah berkata Dr. Badrulamin tidak dapat menyertai kempen itu kerana masih dipenjara di rumah sendiri akibat daripada pelbagai syarat-syarat yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Beliau mengucapkan selamat maju jaya, banyakkan bersabar dan lawan tetap lawan," kata Puan Zumrah lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com