UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Amanat Azizah kepada pengundi - Tolak politik Rasuah dan Ugutan BN

PENGENALAN

Walau pun berusia kurang tiga tahun, KeADILan telah muncul sebagai parti yang disegani lawan dan kawan. Parti itu memberi tentangan yang hebat kepada Umno dan BN dengan memenangi lima kerusi Parlimen serta berjaya mengurangkan majoriti Umno di seluruh negara. Di Shah Alam misalnya, calon KeADILan, Ezam Mohd Noor berjaya menarik hampir 40,000 pengundi yang memberi undi kepada calon Umno dalam pilihanraya umum sebelum itu. Pendekatan kreatif serta struktur berbilang kaum adalah asas kekuatan KeADILan. Dalam pilihanraya di Lunas misalnya kejayaan KeADILan menarik sokongan pengundi-pengundi Cina merupakan faktor utama kemenangan selain kejayaan mengusir pengundi hantu tajaan BN.

Disember 2001, buat pertama kalinya KeADILan mengadakan pemilihan peringkat pimpinan tertinggi melalui persidangan agung yang diadakan di Marang, Terengganu. Apakah benar berlaku perebutan jawatan ketika pertandingan tersebut seperti yang digambarkan oleh media BN? Apakah pula harapan KeADILan yang meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan. Apakah akan berulang kejayaan di Lunas? Ikuti temu bual eksklusif wakil Harakah, ER dengan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

HARAKAH: Persidangan Agung Tahunan (PAT) yang baru lalu menyaksikan beberapa perubahan pemegang-pemegang jawatan yang agak drastik, apa komen Datin terhadap barisan pimpinan yang baru dipilih itu?

AZIZAH: PAT yang baru berlalu mendewasakan parti KeADIlan kerana perwakilan memilih tanpa mebataskan kepada kelompok, kaum atau wilayah. Sejak penubuhan parti, inilah kali pertama pemilihan secara demokratik dibuat di bawah sebuah jawatan kuasa bebas. Sepanjang PAT hingga selesainya sidang, tidak terdapat sebarang bantahan yang dikemukakan. Saya berharap pimpinan yang diberi amanah menumpukan perhatian memperkukuhkan jentera parti dan mengumpul semula kekuatan pergerakan reformasi.

HARAKAH: KeADILan dikatakan menghadapi krisis dalaman berikutan pertembungan diantara ahli-ahli parti terutama dari klompok 'bekas Umno' dan 'bekas Abim'...

AZIZAH: Krisis digembar gemburkan oleh media-media BN, dengan mengheret beberapa ahli untuk membuat komen. Berbeza dengan Umno, KeADILan mengamalkan konsep terbuka dan demokratik. Maka ahli-ahli bebas menyuarakan pendapat. Walau bagaimana pun, saya telah menasihatkan mereka supaya berhati-hati dengan muslihat musuh dan manyalurkan kritik melalui saluran dalaman parti. Isu 'bekas' tidak berbangkit kerana kerana ahli-ahli menerima dasar perjuangan KeADILan. Dalam pimpinan sekarang terdapat 'bekas' tokoh Abim, Umno, Jim, Ngo dan ramai yang belum pernah menyertai parti politik sebelum ini. Seandainya ada kalangan kecil yang mencanangkan kononnya ada percubaan mengABIMkan atau mengUMNOkan parti, tohmahan tersebut tidak lebih dari helah menrik sokongan.

Tetapi tenyata sekali, perwakilan memilih untuk menampung semua kekuatan dan aliran asalkan mendukung aspirasi perjuangan dan sanggup bertungkus lumus berkhidmat.

HARAKAH : Benarkan perletakan jawatan bebarapa pemimpin khususnya Dr Chandra melemahkan parti?

AZIZAH: Dr Chandra merupakan tenaga penting yang amat berjasa kepada KeADILan dan BA. Beliau tampil di tengah-tengah kemelut politik September 1998. Secara peribadi, saya dan saudara Anwar sangat menghargai sumbangan pentingnya dan pengorbanan sehingga dipecat dari Universiti Malaya, dikecam oleh media dan didakwa di mahkamah. Tetapi beliau telah lama menyatakan hasrat meneruskan dengan kegiatan Ngo terutamanya dialog peradaban. Prinsipnya teruji dan bantahannya terhadap kezaliman dan rasuah tidak goyah. Beliau tetap rakan seperjuangan!

HARAKAH: Golongan mana yang menjadi tonggak parti KeADILan?

AZIZAH: Tonggak KeAdILan ialah pencinta kebenaran dan keadilan, pembawa obor reformasi; yang berjuang menentang rasuah serta kezaliman demi mengembalikan hak rakyat. Prinsip ini ketara dalam pendirian tokoh-tokoh dan ahli-ahli parti. Secara umumnya badan-badan seperti Abim, Jim, Suaram dan lain-lain Ngo, tokoh-tokoh individu, professional, aktivis reformasi bergerak selaku tonggak dalam arena dan ruang masing-masing. Disamping itu kita bertuah menerima sokongan padu dari pimpinan dan ahli PAS, PRM dan Dap.

HARAKAH: Apakah benar dakwaan sesetengah golongan bahawa KeADILan hanya berminat memperjuangkan isu Anwar?

AZIZAH: Perjuangan KeADIlan adalah seperti yang dinyatakan di atas. Tetapi mengapa pula kita harus apologetik atau berma'ah kerana mendukung perjuangan menuntut keadilan untuk Anwar. Gejolak September 1998 menyedarkan ramai rakyat. Isunya bukan peribadi tetapi merebaknya rasuah dan kezaliman, penyalahgunaan kuasa hingga tercemar institusi penegak hukum dan badan kehakiman. Pimpinan Umno cuba mengenengahkan hujah bahawa isu Anwar kian pudar sebagai bahan sejarah. Kita akan terus lantang menampilkan bagaimana perasuah rakus berkonspirasi memfitnah dan menjatuhkan beliau, media ditunggangi dan ISA warisan penjajah dijadikan alasan menindas rakyat.

HARAKAH: Setelah gagal mencapai kemenangan di Sarawak, apakah KeADILan yang mewakili BA berasa yakin akan memperoleh kemenangan di Indera Kayangan dan kenapa?

AZIZAH: Di sarawak, kita bertapak dengan mantap dengan menonjolkan barisan pimpinan yang berwibawa. Janganlah terlalu terpesona dengan keputusan pilihanraya yang curang, bergelumang dengan rasuah serta ugutan dan sekatan. Kejutan kerana kehadiran kita di Sarawak menyebabkan menyebabkan BN Sarawak buat pertama kalinya dalam sejarah berhempas pulas melaksanakan kempen. Saya kagum dengan semangat juang ahli-ahli dan penyokong KeADILan dan rakan-rakan dalam BA.

Pengalaman kita di Indera Kayangan dalam pilihan raya lalu menunjukkan bahawa kita mampu menawan majoriti pengundi Melayu berkat sokongan rakan-rakan khususnya dari PAS. Kita perlu berusaha mendedahkan maklumat sebenar kepada rakan-rakan kita dari masayarakat Cina agar tidak terpengaruh dengan politik ungutan dan propoganda hitam oleh BN terutamanya terhadap PAS.

HARAKAH: Apakah isu isu utama yang akan di lontarkan dalan pilihanraya Indera Kayangan?

AZIZAH: Peringkat pertama ialah menolak politik rasuah dan ugutan BN. Tidak semena-mena puluhan juta ringgit dicurahkan dan habuan diagihkan. Bagi mereka yang masih berani, ugutan dan tekanan jentera kerajaan serta kutukan media akan dikenakan. Namun kita yakin Insya Allah rencana khianat manusia tidak dapat mengatasi ketentuan Allah SWT.

Peringkat kedua ialah memaparkan kenyataan politik dan ekonomi negeri Perlis. Bagaimana rakyat terpinggir, projek dan kontrak dimenopoli oleh golongan tertentu serta unsur kronisma yang ketara. Pergelutan MCA juga sampai ke peringkat akar umbi. Begitu juga permusuhan tradisi diantara ketua-ketua bahagian Umno di Perlis.

Isu lesen perniagaan dan cukai tanah juga akan dibangkitkan. Kita perlukan wakil yang akan membantu rakyat, bukannya sekadar memenuhi korum dan mengangguk.

HARAKAH: Apakah sikap tidak menentu DAP boleh menjejaskan kerjasama BA khususnya dalam mengahadapi pilahnraya kecil ini?

AZIZAH: Jalan penyelesainya bagi melerai ketengangan antara parti-parti pembangkang ialah dialog. Kita menghadapi musuh yang menggunakan kuasa, wang, jentera kerajaan dan media yang terus bertindak zalim dan menindas. Merujuk kepada kempen kali ini, terdapat kalangan Dap yang telah menyatakan kesedian memabntu, Kita alu-alukan kesedian mereka.

HARAKAH: Apapakah amanat Datin kepada pengundi-pengundi di Indera Kayangan?

AZIZAH: Gunakan hak dengan bijak. Projek kerajaan adalah hak rakyat. Rasuah mestilah dibanteras dan kita perlu berani menolak ugutan dan melakukan pembaharuan ke arah kebaikan. Saya merayu agar para pengundi memberi sokongan kepada calon KeADIlan yang mewakili BA.

****** Tidak semena-mena puluhan juta ringgit dicurahkan dan habuan diagihkan. Bagi mereka yang masih berani, ugutan dan tekanan jentera kerajaan serta kutukan media akan dikenakan. Namun kita yakin Insya Allah rencana khianat manusia tidak dapat mengatasi ketentuan Allah SWT.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com