UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Respons berkenaan dengan isu Ustaz Shamsuri

Assalamualaikum..warahmatullah

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Alam semesta . selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW kaum keluarga baginda para sahabat dan seluruh umat musmilin muslimat , mukminin mukminat sama ada masih hidup atau telah kembali kepada Allah.. Juga kepada webmaster semoga sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah..

Saya cuma ingin respons dengan isu hangat sekarang berkenaan dengan isu Ustaz Shamsuri yang terkenal di seluruh utara semenanjung yang dikatakan telah turun berkempen untuk Barisan Nasional dalam pilihanraya Indera Kayangan yang lepas...

Saya cuma ingin mengingatkan di sini bahawa kita semua sebagai orang Islam perlu sentiasa merujuk Al-Quran dan Hadis nabi sebagai sumber rujukan utama dan diikut dengan pertimbangan akal yg waras dalam sesuatu tindakan yang akan kita lakukan. Janganlah bertindak terburu-buru yang mana kita ketahui sikap gopoh tak terburu-buru itu adalah sikap Syaitan dan Iblis.

Kita sering cepat melompat , dan terkejut dengan sesuatu isu yang di bawa oleh orang yang kita tidak tahu pun dari mana orang itu dapat cerita tersebut. Dan kita dengan mudah untuk percaya berita tersebut dan selepas itu bersambunglah cerita itu terus menerus sehingga orang yang menjadi mangsa cerita fitnah tersebut mengalami kesan psikologi , sedih , kecewa dan jatuh maruahnya. Ini kah yang Islam ajar kepada kita jika benar kita mengakui sebagai pejuang Islam, sedangkan kita sendiri pun tidak mengamalkan sepenuhnya Islam dalam diri kita.

Didik dahulu diri kita supaya taat dengan amalan Islam jika benar kita ingin berjuang dalam Islam. berbalik kepada isu Ustaz Shamsuri, saya ingin menegaskan adakah dengan hanya mata kita melihat ustaz berada di atas pentas BN maka kita boleh dakwa terus menerus ustaz adalah orang BN dan berkempen untuk BN. maka jika benar itu boleh dijadikan hujah untuk mendakwa orang , maka cukup mudah kita ingin mendakwa sesiapa sahaja yang kita kehendaki kemudian kita sebarkan berita tersebut ke seluruh dunia. Ingatlah, bahawa Allah dan Rasul amat membenci orang yang suka membawa bawa cerita fitnah yang boleh menjatuhkan maruah orang lain dan membuka keaiban orang lain sedangkan kita tak tahu pun punca sebenar kejadian itu.

Saya sebagai salah seorang anak murid ustaz Shamsuri pun agak terkejut pada mulanya bilamana mendengar berita tersebut tetapi saya bukan jenis orang yang cepat melatah. Bertindak biar bijak dan ikut apa yang Islam ajarkan, sekiranya kita mendengar berita dari seseorang yang kita kenal sebagai orang fasiq dan tidak pasti ketaqwaannya, maka selidik dahulu hujung pangkal berita tersebut supaya kita tidak mudah percaya dan menuduh sembarangan yangkelak akan membuatkan kita menyesal di kemudian hari.

Saya sendiri mendengar penjelasan ustaz tentang isu tersebut, beliau mengatakan bahawa memang beliau dijemput tetapi atas nama Forum Agama dan tidak disebutkan kempen untuk BN, namun bila ustaz sampai di tempat program , keadaan bertukar tidak sama seperti yang dikatakan semasa jemputan. Maka, di sini adakah kita boleh terus menerus menyalahkan ustaz bahawa memang ustaz berniat untuk turun berkempem BN di sana. Dan ustaz memberi pengisian agama sama seperti dia memberi kuliah di masjid masjid, tiada langsung unsur-unsur untuk berkempen. Adakah salah ustaz memberi peringatan hatta kepada orang BN sendiri. adakah wajar tindakan kita menuduh terus ustaz orang BN dan patut dihentam , dimaki di kutuk habis-habisan.. Salahkah jika ustaz ingin memberi tazkirah kepada orang BN sendiri, mana tahu dengan tazkirah ustaz itu membuka hati orang orang BN untuk sedar dan menyokong perjuangan ISlam.

Saya ingin mengingatkan bahawa jika ramai lagi orang-orang jenis yang berfikiran sempit dan cepat melatah dengan sesuatu isu atau berita, maka sampai bila pun BA tidak akan menang dan sampai bila pun orang Islam tidak akan maju kerana masing masing ingin mencari musuh dan bertengkar sesama sendiri sedangkan musuh musuh Islam sentiasa mengambil peluang untuk menghancurkan Islam.

Inilah yang terjadi di afghanistan , bergaduh sesama sendiri akhirnya negara mereka telah pun jatuh ke tangan Amerika laknatullah yang hanya menjadikan Hamid Karzai sebagai boneka mereka.

Maka jika kita tidak mahu negara kita menjadi seperti Afghanistan, bertindaklah dengan bijak dan rasional. jangan terlalu mengikut perasaan kelak kita kan menyesal.

Terpulang kepada masing -masing untuk membuat penilaian tentang ustaz Shamsuri, jika berasa agak kecewa dan terkilan bolehlah meninggalkan terus segala kuliah pengajian yang selama ini diikuti, jika tidak suka dengan kasetnya boleh dibuang sahaja. Dan apa yangperlu diingatkan kita tidak perlu menjadi orang penyebar berita yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya kerana Allah amat membenci perbuatan orang yang suka mengadu domba.

Sekian, moga ada kebaikan dengan apa yang saya tulis di atas, minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang tersinggung dan terasa.

harap dapat siarkan artikel saya ini untuk kebaikan kita bersama , orang orang yang ingin melihat Islam berada di tempat yng teratas sekali..

terima kasih kepada webmaster
wassalam..






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com