UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Respon artikal Ustaz Shamsuri memfitnah dirinya sendiri

Assalamu'alaykum waRahmatuLlah..

Saya ingin membuat ulasan mengenai article di atas.. setelah diberitahu oleh orang yang rapat dengan Ustaz Shamsuri bahawa beliau telah ditipu untuk menghadiri ke forum tersebut. Apa yang telah diberitahu ialah beliau telah diambil oleh SB untuk ke majlis tersebut. Beliau hanya sedar yang ianya ceramah agama tajaan BN apabila sampai di sana dan apabila melihat lambang dacing di atas pentas dan saya rasa beliau meneruskan juga mungkin niat hanya ceramah agama.. WALlahua'lam

Walaupun Ust Shamsuri tidak menyatakan secara jelas pendiriannya dalam politik tapi sudah jelas di dalam setiap kuliahnya yang membabitkan perkara2 yang berkaitan dengan hukum2 Islam bahawa harus rujuk kepada AL-Quran dah Hadith RasuluLlah SAW. Kita boleh ikutinya di dalam beberapa kaset2 agama beliau daripada dulu hingaa sekarang cthnya yang bertajuk "Tamat Riwayat" kalau tidak silap saya dan juga yang terbaru "Wanita berbagai wajah dan cerita" juga diselit2kan bab mengenai hukum2 Islam dan pentingnya dalam melaksanakan syariatnya.

Jangan sebab satu kesilapan yang tidak disengajakan kita terus menghukum beliau. Ingatlah sumbangan beliau yang berterusan selama ini dalam menyedarkan masyarakat mengenai keagungan ALLah SWT dan Islam. Yang terbaik janganlah kita menyebarkan fitnah hanya melalu andaian atau prasangka sahaja kecuali ianya dari mulut beliau sendiri. Ingat musuh Islam akan berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan dan melemahkan usaha2 kita ke arah Islam.

InshaALlah Daulah Islam akan kembali tertegak pada yang hak.. hendaklah kita bersabar dan istiqomah dan jauhi prasangka buruk sesama kita. WALlahu a'lam

Spamj




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com