UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bercakaplah benar walaupun pahit

Assalamualaikum wbt

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Mona Solomon bertajuk "TATI: Ariffin mahu dedah penyelewengan". Nampaknya ada sesetengah penulis dalam mana-mana laman politik samada pro-parti pembangkang ataupun pro-parti kerajaan yang tidak membuat kajian sebelum menulis artikel mereka.

Tuduhan bahawa Hj. ariffin hanya mahu membongkar penyelewengan yang berlaku di TATI selepas beliau dipecat adalah tidak benar sama sekali. Mereka (Tn. Hj. Ariffin dan juga Prof. Zaki) telah lama berusaha untuk menghapuskan penyelewengan tersebut sejak dari mula lagi, apatah lagi beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Tati atas dasar beliau merupakan seorang yang pernah berkhidmat di dalam BPR.

Tuduhan terhadap Hj. Ariffin bahawa beliau seorang penyokong taghut (UMNO) juga adalah tidak benar. Isteri beliau adalah seorang ahli JSR (jawatan kuasa syura rakyat) dan pernah berkempen membantu PAS dalam pilihanraya 1999.Kita boleh beretorik bahawa sepatutnya kita perlu sabar dan wala' (taat setia) kepada pimpinan seorang khalifah Islam. Tetapi, hati siapakah yang tidak remuk jika jihad kita tidak dihargai malahan dihina dan di'bakulsampah'kan seperti mana yang dilakukan oleh orang Afghanistan kepada mujahideen Arab yang sanggup meninggalkan anak isteri untuk membantu saudara mereka yang sedang disembelih kuffar. apatah lagi, Hj. Ariffin boleh dianggap seorang yang mahu berjinak-jinak dengan PAS dan mula mempercayai PAS sebagai alternatif kepada BN smenjak 1999.

Saya amat berharap agar konflik ini dapat diselesaikan secara musyawarah oleh kepimpinan kerajaan negeri. sebagai seorang yang mengikuti polemik ini dari mula, saya tahu bahawa Prof. Zaki dan Hj. Ariffin tidak ego jika kerajaan ngeri meminta maaf kepada mereka dan untuk beberapa hari ini saya percaya bahawa kerajaan negeri akan berlaku adil untuk mereka.

Kepada saudara pengelola, jangan biarkan tangan anda terpalit dengan dosa fitnah walaupun anda akan memberikan alasan anda tidak bertanggungjawab kepada artikel yang disiarkan. Bersamalah menentang kezaliman walaupun yang ia dilakukan oleh orang yang anda sayangi. Janganlah anda menyokong parti Islam sebagaimana penyokong bola sepak, tetapi sokonglah dengan segala kefahaman yang anda.

Kepada mona solomon dan sahabat penulis yang lain, saya tidak salahkan anda seratus-peratus, kerana saya tahu anda cuma ingin mempertahankan kerajaan Islam Pas Terengganu.

Penentang kezaliman






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com