UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bertanyakan beberapa soalan mengenai artikel yang tersiar di laman

Assalamualaikum,

Saya merasa terpanggil untuk bertanyakan beberapa soalan kepada webmaster mengenai beberapa artikel yang tersiar di laman ini.

Setelah beberapa ketika, kisah Astora Jabat yang difatwakan sesat itu tiba-tiba menyepi begitu saja. Apakah tidak ada tindakan ke atasnya untuk didakwa di mana-mana mahkamah syariah kerana menyebarkan ajaran sesat? Bukankah terdapat bersepah-sepah bukti artikel tulisannya yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia yang cukup memudahkan mana-mana pihak untuk mendakwanya? Atau adakah fatwa MAIJ itu hanya satu lagi sandiwara semata-mata? Kalau begitu keadaan ini sungguh memualkan saya.

Di manakah wibawa MAIJ sendiri setelah mereka mengeluarkan fatwa tersebut? Sepatutnya, merekalah yang membuat tuduhan segera ke atas Astora Jahat ini di mahkamah syariah. Tunjukkan bukti-bukti ini. Panggil persatuan Ulama untuk membahaskan pemikiran jahat Astora Jabat yang terpesong begitu jauh ini.

Sebenarnya banyak lagi persoalan lain yang timbul di fikiran saya, tapi tak termampu ditulis disini. Saya juga berharap e-mail saya ini disiarkan di laman tuan.

Sekian, terima kasih.

Keliru,
lanj99@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com