UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Makmal Komputer Tidak Siap - akibat 4 syarikat kroni

Sejak beberapa hari yang lepas akhbar-akhbar heboh memperkatakan masalah makmal komputer tidak siap di sekolah-sekolah. Mengapakah isu ini diletupkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Aziz Shamsudin sekarang, walaupun masalah ini telah lama berlarutan ?

Keempat-empat kontraktor utama yang diberikan tender membekal komputer ke sekolah-sekolah adalah syarikat yang berkait-rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO Baru. Hampir setiap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Baru mempunyai syarikat Komputer/IT mereka sendiri. Tender membekalkan komputer ke sekolah-sekolah itu telah menjadi rebutan sengit sesama pemimpin-pemimpin UMNO Baru.

Apabila keadaan ekonomi semakin gawat pemimpin UMNO Baru yang melepas terpaksa membocorkan rahsia keburukan pemimpin UMNO Baru yang lain demi kepentingan diri sendiri. Perompak buka pekung perompak yang lain.

Scandal ini hampir sama dengan kes samun wang PPRT dan kes tanah Khir Toyo. Ketua Penyamun UMNO Baru, Dr.Mahathir dijangka akan memerintahkan akhbar-akhbar segera memberhentikan ulasan isu ini, demi menutup aib dan pekung UMNO Baru yang sukar untuk disembunyikan lagi.

Oleh: Bekas pekerja syarikat IT UMNO Baru.

***********************************************************

Punca makmal komputer tak siap -- Kontraktor pembekalan tiada pengalaman di bidang pembinaan

KUALA LUMPUR (Utusan Malaysia) 30 Dis. - Kontraktor-kontraktor pembekalan komputer yang tidak berpengalaman dalam bidang pembinaan telah diberi projek membina makmal komputer menyebabkan hampir 85 peratus projek itu di Semenanjung Malaysia gagal disiapkan.

Laporan bedah siasat mengenai kegagalan projek pembinaan makmal ini yang diperoleh Utusan juga mendedahkan bahawa syarikat-syarikat terbabit kurang memahami polisi dan peraturan kerajaan sehingga mendorong mereka enggan menandatangani perjanjian kontrak selagi tuntutan tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Malah, lebih mengecewakan lagi meskipun Kementerian Kewangan mengarahkan keempat-empat syarikat bagi zon utara, tengah, selatan dan timur terbabit membekalkan dahulu 10 unit komputer ke semua sekolah berikutan kelewatan pelaksanaan projek, arahan itu juga masih gagal dipenuhi.

Hanya separuh daripada jumlah unit komputer itu berjaya dibekalkan oleh setiap syarikat berkenaan.

Semua hasil bedah siasat ini terkandung dalam laporan Bahagian Pembangunan, Penswastaan dan Bekalan Kementerian Pendidikan.

Kelewatan menyiapkan hampir 85 peratus projek makmal komputer didedahkan oleh Mingguan Malaysia hari ini walaupun Kementerian Pendidikan telah melanjutkan tempoh buat kali ketiga bagi EMPAT kontraktor utama menyiapkannya sehingga akhir bulan ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com