UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




2 AGENDA DR MAHATHIR MOHAMED

ASSALAMUALAIKU WBT:

Terakhir kini dua agenda Dr Mahathir Mohamed selepas pilihan raya kecil Indera Kayangan, Perlis ialah:

1. Mengujudkan selisih faham di antara Keadilan dan PAS.

2. Terus meracuni rakyat supaya membenci PAS bahawa PAS bukan Islamic.

Wartawan Utusan cuba menggambarkan bahawa PAS CERDIK dan Keadilan BODOH dengan menggunakan perkataan 'alat'. Lantas mengcopkan Keadilan di peralatkan oleh PAS. Musyidul PAS, Dato' Nik Aziz, seorang ulama yang lurus telah di eksploitasikan dengan maksud perkataan tersebut, untuk melambangkan seorang ulama seperti beliau, tidak seharusnya bercakap sedemikian. Tujuan UMNO tidak ada lain ialah hanyalah untuk memecah belahkan perpaduan di dalam BA. Iaitu menanamkan rasa kebencian di antara Keadilan dan juga PAS.

Di tajok yang lain, sebelumnya telah di rakamkan pada hari pembuangan undi Indera Kayangan iaitu pertemuan Dato'Seri Abdullah Badawi dengan Dato'Nik Aziz telah di gambarkan sebagai pertemuan di antara saudara se agama. Manakala hari-hari berikutnya Dr Mahathir Mohamed telah merayu kepada Keadilan, kembalilah kepada UMNO. Serentak dengan itu, mengempur PAS dengan lapuran bekas Dewan Ulama PAS Kelantan. Beliau juga berkata, mereka dok kata kat dia mahazalim dan mahafiraun dan lain-lain! Seterusnya beliau menafikan pertemuan beliau dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan perlantikan Menteri Kewangan ke 2.

Cukup cantik.

Dengan menanamkan rasa kebencian terhadap PAS, Dr Mahathir Mohamed, dengan terang-terang sedang melambaikan tangan kepada bekas UMNO yang berada di dalam Keadilan, kembalilah kepangkuan UMNO. Nak jadi macam Semangat 46! Iaitu satu dasar pecah lalu perintah terus menjadi agenda beliau. Dr Mahathir Mohamed terpaksa berbuat demikian untuk melagakan di antara Keadilan dengan PAS, bagi meraih undi pilihan raya 2004 ini. Juga untuk menampakkan keretakan hubungan di antara Keadilan dan PAS. Dengan itu PAS akan di tinggalkan bersendirian setelah DAP menarik diri dari pakatan pembangkang.Senanglah UMNO dan BN untuk menyerang PAS habis-habisan.

Dr Mahathir Mohamed terus meracuni fikiran rakyat supaya membenci PAS dengan pelbagai isu yag tidak pernah ada pembelaan di dalam laporan media tempatan. Iaitu rakyat hanya di sogokkan dengan berita sebelah pihak UMNO dan BN sahaja. Sedang beliau dengan rakus menekan kerajaan PAS di Kelantan dan Trengganu, dari semua sudut dan kewangan. Maksudnya "hampa perintah pii...kuasa ada kat aku. Ekonomi aku pegang!" Dengan menyekat segala peruntukan, ekonomi, hubungan di antara rakyat, kakitangan dan kerajaan Negeri, beliau menggambarkan pemerintahan PAS adalah lemah. Cara beliau tidak ubah macam Bush Amerika yang menindas umat Islam seluruhnya.Dalam lain perkatan beliau menghasut rakyat. Oleh itu Dr Mahathir Mohamed juga boleh di tahan dan di ambil tindakan di bawah undang-undang negara Malaysia Akta Hasutan Resmi kerana menghasut.

Saya suka mengingatkan di dalam Islam tidak ada Islam Moderate. Tidak ada Islam separuh-separuh, tutup atas buka bawah! Tidak ada radikal dan ekstrim. Islam yang di dokong dan yang menjadi perjuangan PAS adalah Islam yang satu saja, iaitu berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Tidak habis di situ The New Strait Times, telah menyiarkan artikel oleh si penolak Hadith Kassim Ahmad, yang berpegang dengan salah sebuah kitab dari Pakistan "QURAN IS A CONTRADIC", di mana pengikutnya, juga seorang peguam bernama Azahari, telah cuba mempengaruhi pelajar-pelajar saya yang telah mengikuti latihan guaman di firma beliau.Cukup unik.

Jesteru itu saya suka mengingatkan wartawan jangan melampaui batas dan memperalatkan Islam dalam membuat laporan yang ada kaitan dengan Islam. Islam itu adalah agama bagi manusia, di turunkan oleh Allah SWT kepada manusia sebagai panduan hidup di dunia dan juga di akhirat. Islam itu hak Allah, tentu sekali Allah SWT menjagainya. Nak tahu macam mana Allah menjagainya, pergilah kamu mengaji lagi! Supaya dengan itu mulut kamu akan mengerti tentang Islam. Supaya kaki kamu yang berjalan mencari berita dan supaya tangan kamu yang mengetuk akan berita tahu dan mengerti tentang Islam. Pun supaya mata kamu yang membaca dan telinga kamu yang mendengar apa yang kamu ketuk itu, tahu tentang Islam. Dan supaya perut kamu yang memakan sesuap rezeki dari Allah SWT, mengetahui Allah yang menentu dan menetapkan rezeki bagi kamu sebagai seorang manusia, hamba Allah yang di jadikan.

Malah apa yang di sungutkan oleh Dr Mahathir Mohamed, tentang apa yang orang anggap dan katakan kepada beliau, dengan mengambil contoh orang-orang yang zalim dan ingkar kepada Allah seperti Firaun, adalah semata-mata untuk memperingati umat bahawa apa yang di lakukan oleh Dr Mahathir Mohamed, sedikit sebanyak seperti mereka-mereka itu. Zalim dan ingkar kepada Allah SWT. Di satu ketika menghina Islam dan Rasuallah SAW, di satu ketika bercakap tentang Islam. Ingatlah orang yang munafik itu sangat besar bahayanya kepada umat Islam. Itu yang di ingatkan, supaya kita sebagai hamba Allah tidak keterlanjuran!.

" Dan ( Firaun ) berserta tenteranya menyombongkan diri mereka di muka bumi ini dengan dengan tanpa hak ( yang selayaknya ), dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami."

" Kerana itu dia berserta tenteranya Kami siksa, lalu Kami campakkan ke dalam laut. Perhatikanlah bagaimanakah kesudahannya orang-orang yang zalim"
( Terjemahan dari Al-Qashah : 39 - 40 )

" Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah di berikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan buat mereka, sehingga ketika itu mereka telah bergembira dengan kesenangan yang telah di berikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekoyong-konyongnya. Maka di watu itu mereka terdiam dan berputus asa."
( Al-An'am : 44 )

Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Nabi bersabda :"Sesungguhnya Allah SWT berfirman :Sesiapa yang memusuhi wali Ku, Aku isytiharkan perang kepadanya. Tidak seorangpun yang mendekat kepada Ku dengan suatu amalan wajib yang Aku senangi dan tidak seorangpun daripada hamba Ku yang menghampiri kepada Ku dengan amalan sunat sampai Aku mencintainya. Jika mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengarannya untuk mendengar, dan Aku akan jadikan tangannya yang di pakai untuk memegang dan Aku pun akan jadi kakinya untuk berjalan, jika dia meminta kepada Ku akan Aku perkenankan permintaannya dan jika dia minta perlindungan dari Ku maka Aku akan melindungi dia."
( Hadith riwayat Bukhari )

Dari petikan di atas, sesungguhnya berhati-hatilah supaya tidak tergolong dari orang yang terinaya kerana kalau Dato Nik Aziz tiada, orang lain masih berlambak ada untuk menjaga hak Allah dan agama Allah. Kalau Dr Mahathir menyarankan supaya TASKI dan PASTI di tutup, mengapa tindakan yang sama tidak boleh di ambil terhadap beliau yang telah menyeleweng fakta serjarah dan mata pelajaran pendidikan Islam di dalam buku buku teks sekolah dan pusat pengajian tinggi. Lihat NEGARA KITA: INTAN; PENGAJIAN AM:NAZARUDDIN MD JANI dll. Contoh yang lain ialah soalan Pengajian Islam di sebuah universiti:

" Siapakah pemimpin Islam yang teragong?

( a ) Abdullah Abi Talib
( b ) Abu Lahap
( c ) Muhammad Bin Abdullah
( d ) Mahathir Mojamed

Cuba kita fikirkan Dr Mahathir Mohamed telah di sama tarafkan dengan kedudukan Rasulallah SAW. Kita sebagai umatnya hanyalah di minta untuk mencontohi seberapa yang boleh cara dan tingkah laku baginda sebagai kekasih Allah. Sebagai panduan hidup kita. Ini Dr Mahathir ..... Masyaallah, ustaz yang buat soalan nii, akan menjadi saksi dunia dan akhirat bahawa satu pembohongan telah di lakukan untuk menyamakan Rasulallah SAW dengan Mahathir Mohamed! Sanggup nuuu!!

Malah di USM semua kesatuan yang ada kaitan dengan perkataan Islam telah di haramkan. Agaknya N.C nya tuu pakai otak kat lutut. Saya nak bertanya sewaktu Kumpulan Black Mental yang peringkat awalnya menyerang Sekolah-Sekolah Agama yang isu itu di bawa oleh PAS, mengapa kerajaan membisu saja. Setelah merebak dan menjadi satu isu negara baru nak bertindak.Begitulah amalan kerajaan UMNO/BN?

Paling akhir kenapa ye Dr Mahathir Mohamed secara tiba-tiba berjumpa Dato Seri Anwar Ibrahim? Musuh yang di lemparkannya ke penjara! Nak pujuk Abang Anwar supaya nak ganti dia jadi PM ke. Mana nak di buangnya Pak Lah? Pak Lah tiba-tiba saja nak buat AMANAT di satu perjumpaan dengan Kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun pada 26.1.02, Sabtu esok, di Pengkarangan Pejabat Daerah di Kepala Batas. Pelik juga nuu!!

Wabilah hitaufik wal hidayah, wassalmualaikum wmbt.

WASSALAM

laduniseven






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com