UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




NAK USIK

ASSALAMMUALAIKUM WBT ;

1. POLIS OH POLIS

Malam minggu lalu, lepas merayap ke Baling, kami pun singgah di sebuah gerai makan kerana terasa lapar. Jam 1.40 pagi. Depan sana ada road block. Tak kisah lah. So kami pun masuklah ke salah satu gerai dekat sebuah taman. Oleh kerana 3 kerusi lain telah di duduki oleh kekawan, aku terpaksa duduk berdepan dengan meja sebelah sana. Ada tiga Cina satu Melayu di meja hadapan aku. Bila di renong, ternyata yang Melayu tuu, kawan aku. Polis. OCS pula tuu. Mau tak mau aku ajak kawan aku tukar tempat. Jadi belakang aku bertemu belakang OCS tuu. Cina tuu minta OCS ini tolong selesaikan satu kes kereta. Tak lama kemudian datang dua Cina lagi membawa geran kereta yg di maksudkan sekali.Kawan-kawan yg lain bertanya aku, kawan hang polis tuu dok deal apa. Tak tahu lah hampa dengar sendiri lah, jawab aku. Di tengah malam buta pula tuu, tak kan lah deal saja, sampok seorang lagi.Apatah lagi Cina yg sedang berurusan tuu pakai kereta mewah yg tidak termampu orang Melayu nak pakai. Kalau pakai pun gaji RM10 ribu cirit juga rasanya, kalau tak buasir! Fikirku. Teringat aku peristiwa di IK, dimana polis telah di belasah oleh samseng UMNO dan orang-orang Keadilan. Sesungguhnya pada hematnya polis sekarang ini disamping dapat kenaikan gaji lebeh dan elaun lebih, mereka sanggup melakukan apa saja. Termasuk membela tuannya.Bagi saya ke terlusan dan kuasa BPR telah tiada. Bermakna kalau si OCS tuu boleh berurusan di luar, jam 1.40 pagi, bagaimana yang lain? Jadinya kalau BA memerintah pada 2004, kena la BA basoh dan cuci segala polis-polis yang macam nii.Tidak kah begitu.

2.BULLDOZER MERBOK :

Nampaknya Sdr Mustafa Khalid, Bulldozer Merbok, chief Keadilan Merbok, terus membawa diri sampai kes Ezam dll di Mahkamah Sg. Petani pun tak mau hadir. Katanya biarlah dia berkecuali. Harap jangan istihar sudahlah.

Saya cuma nak minta Sdr Saibudin Nasution, renong kembali penglibatan Abang Pa nii. Siapa tak kenal dan siapa tak gerun. Bermula dari kosong, dia menerjunkan diri ke dalam politik, sama-sama kena hambat oleh polis dan kena sembor gas, hujan dan panas serta tengah malam buta, redah semua kawasan, buang wang sendri dan rumah jadi markas, aleh-aleh kerana dua peristiwa yg melibatkan keputusan Negeri dia sekali lagi membawa diri.

Dulu saya bersamanya & dll merayu kepada Dato Presiden PAS supaya kerusi DUN Merbok bagi Keadilan bertanding.Akibat penolakan itu seluruh MIC Merbok, seramai 450 orang patah balik kepada BN. Saravanan yang dok sakit jantong pun terus baik.Ketika itu bertapa kecewanya beliau apatah lagi saya telah di tuduh bercakap bagi pihak Keadilan, sedangkan saban malam kami keluar bermati-matian ke seluruh pelusuk untuk memberikan kemenangan kepada BA. Peristiwa pencalunan di IK terus membawa Sdr Mustafa hilang arah penentuan. Dan ini kalau di biarkan amatlah merugikan memandangkan tenaganya sangatlah di perlukan di peringakt Merbok dan nasional. Apatah lagi saudara Mocthar kita seperti hilang sebelah kaki. Berjuang sendirian tanpa gandingan bahu dengan Abang Pa.

Ini cuma pandangan saya, harap dia dapat menimbangkan kembali keputusannya.Saudara Ezam dan Sdr Saiful agaknya boleh berbuat sesuatu, ingatlah ketika saya mengumumkan Abang Anwar telah di racuni, kita sama-sama cuba mengatasinya. Harapan saya begitulah agar Sdr Mustafa tetap dan terus berjuang bersama kita.Tidak ada yang lebih baik daripada bertolak ansur demi sebuah kebaikan. Namun kalau begitu keputusannya apa boleh buat. Ingatlah kita sama-sama meredah masa dan jiwa demi sebuah negara yang di cintai dimana keadilan akan tertegak!

3.SENTUH KOMEN PENYIASATAN FAIL X-RAY :

Sesungguhnya pertama kali menjejak kaki di pejabat Kawasan PAS, perkara yang pertama kita dapat bayangkan, beginikah rupanya pejabat Kawasan bagi PAS.Setelah meniti dan bersama-sama, apa yang telah di katakan oleh Penyiasat Fail X-ray tuu, ada kebenaran.Kebanyakan yang berkerja tuu, tidak ada gaji tetap. Keduanya berkerja semata-mata untuk parti. Peruntukan tidak seberapa. Kerja perlu di buat semuanya. Masa yang di korban hampir setengah abad kepada parti, kalau orang yang tidak sabar boleh angkat bungkus. Macam mana tidaknya, nafkah pun nak kena cari. Harap orang yang menderma tidak lah selalu.Pentadbiran pula tidak di uruskan dengan betul dan cekap.Bergerak atas keredaan sendiri.Kalau nak di sentuh tentunya banyak perkara yang perlu di perbetuli. Bercakap kenalah juga bercakap kerana contohnya di Cawangan saya sendiri apabila saya mencadangkan setiap ahli kena berkorban dengan memberi sumbangan RM10.00 seorang bagi sebuah rumah, sampai sekarang benda tuu tidak berjalan.Sampai kini pun kita ada Cawangan PAS, tapi tidak ada markas untuk bergerak. Mentadbir guna rumah ke rumah ikut dan, macam persatuan.Itu satu contoh lah....

Sejak di tubuhkan tidak ada seorang pun MT sampai walaupun kertas kerja itu ada.Sekurang-kurangnya Dato' Presedin atau Y.B. Mahfuz ke, kerana majoriti UMNO yang tinggal boleh di bilang dengan jari. Masa dekat pilihan raya lalu tinggal 8 orang. Laa nii depa naik tocang balik lah!Nak kita jemput itu memanglah se elok-eloknya, tapi bila sumber tidak ada, jadi payah juga. Nii tengah dok buat baik dengan Keadilan nak panggil Tuan Guru. Baru cadangan aje!Tapi bila sdr Mustafa tidak ada, kena loncat sendri lah.

Perkara yang menyedihkan apabila kami: Sdr Mustafa dan ahli-ahli Keadilan yang lain yang bergerak bersama PAS Cawangan kami,meninjau kawasan di Bukit Selambau. Sejak di tubuhkan dan selepas satu perselisihan pucuk pimpinan, sampailah kami menjejak kaki untuk menubuhkan Cawangan Keadilan di situ, ahli-ahli PAS yang setia, bertanya, kami nii dah jadi ahli PAS, tapi kedudukan kami tak tahu macam mana. Hidup segan, mati pun tak mahu.Bolehkah kami masuk Keadilan? Perkara ini telah pun saya kemukakan kepada MTD dan mengikut maklumat tindakan telah pun di ambil untuk membetulkaknya. Tapi sampai bila keadaan ini akan berlarutan. Kita tidak mahu PAS hanya hidup bila nak ada pilihan raya.Saya nak tanya semua, pergi balik ke markas masing-masing,berapa tinggi dah lalang kat sana? Jangan lupa bawa mesin potong ye!

Sesuatu perlu di lakukan, terutama sdr Mahfuz rajin-rajinlah berjalan ke segenap pelusuk, untuk meninjau sepertimana yang telah kami lakukan dulu, walaupun kami tahu sdr Mahfuz tersangat sibuk.Terkadang orang terfikir adakah PAS di tempat ini?

WASSALAM.

laduniseven






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com