UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SELAMAT TINGGAL INDERA KAYANGAN

ASSALAMMUALAIKUM;

Mampukah BA menegak di Indera Kayangan? Dalam keadaan MCA yang bergolak, di atas kertas sudah menyerlah BA akan memenangi pilihanraya kecil tersebut. Apatah lagi calun BA itu kelak dari Keadilan.

Dari tempias di Kemaman, Keadilan masih menebal dengan berpuak-puak, perletakan calun yang bukan menjadi pilihan majoriti puak-puak di dalam Keadilan akan meranapkan peluang BA untuk menambahkan kerusinya di Perlis. Tentu saja Shahidan Kassim akan menarik napas legak.

Calun yang di cadangkan iaitu saudara Anuar Tahir telah di ketepikan dengan calun favourite dari masyarakat Cina yang rata-rata tidak mendapat di hati kesemua perwakilan Keadilan. Apatah lagi melihat pada pilihanraya 1999, undi masyarakat Cina kepada BA hanyalah 152 sahaja. Menyebabkan perhubungan Keadilan Negari Perlis menyisihkan diri! Sementara PAS yang pengundinya melebih 1000 orang akan berdiam diri seperti yang berlaku pada 1999?

Walaupun MCA terjerat di dalam kancah ketidak kesefahaman pendapat dan haluan, tetapi di Indera Kayangan mereka telah mengenepikan hal-hal remeh seperti itu. Tidak bolehkah Keadilan melakukan yang sama di Indera Kayangan demi satu kemenangan?

Pergolakan yang berpanjangan tidak menguntungkan sesiapapun yang akan melonggarkan perhubungan diantara anggota BA. 2004 tidak jauh menanti. Fikirlah Keadilan!Demi perjuangan bersama dan kemenangan yang di harapkan, masa belum lagi terlambat. Lupakan yang tidak menguntungkan. Masing-masing tidak perlu mengangkat kaki bila bertegang leher di meja persidangan. Selesaikanlah secara yang bijak kerana kesemua rakyat mengharapkan satu perubahan. Perubahan, jalan yang telah di tunjukkan oleh Keadilan akan hanya menjadi debu masa kerana mengenepikan hasrat dan tujuan perjuangan!

Wassalam.

laduniseven@yahoo.co.uk






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com