UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PERANG SARAF UMNO/BN

ASSALAMUALAIKUM WBT;

Dua minggu yang lalu kita dapat melihat Dr Mahathir Mohamed bersama rakyat di gerai-gerai di Chow Kit. Lalu mengistiharkan tapak gerai tetap untuk semua peniaga di seluruh negara. Begitu juga Pak Lah. Semalam (19.1.02) di depan rumah, ADUN Merbok Saravanan, mengadakan perjumpaan rakyat bersama kaum India di padang Tmn Bandar Baru/Tmn Peruda-Jalan Tmn Berlian, Sungai Petani, Kedah. Walaupun PA System telah di pasang dan di cuba selepas Asar, tapi majlis itu bermula lepas Isya'kerana khemahnya berdekatan dengan surau Tmn Bandar Baru. Tengah hari saya di menghadiri jamuan "Berkelah Bersama Rakyat", anjuran UMNO di tepi sungai di sebuah kampong pendalaman dekat Kuala Ketil.

Deretan peristiwa ini, sedar atau pun tidak UMNO dan BN telah pun turun ke akar umbi mendekati rakyat. Kenapa? Bagi mereka wang tidak menjadi masaalah. Malah Saravanan sendiri telah menderma kepada surau Tmn Bandar Baru tersebut. Program Berkelah Bersama Rakyat itu di jangkakan di resmikan oleh seorang Menteri tersebut melibatkan kesemua lapisan rakyat: polis, peniaga Cina & Melayu, Kadi, Penghulu dan JKKK. Apalah petandanya?

Bagi BA, terutamanya PAS dan Keadilan, kesemua aktivitinya telah di sekat. Ceramah, tahanan ISA, malah urusan rakyat yg di wakili oleh BA turut menjadi mangsa mereka. Segala aktiviti di peringakt Cawangan di halang, ada saja orang yg menalipon polis. Di Indera Kayangan baru-baru ini Ustaz Samsuri telah di paksa oleh SB untuk berceramah di pentas BN.Media massa mereka pula memainkan peranan yg erpenting.Malah banyak cermin kereta milik orang2 PAS dan Keadilan telah di pecahkan.

Kesempatan ini telah di gunakan oleh UMNO/BN untuk mendekati rakyat dengan pelbagai imbuhan. Petandanya pilihan raya yg akan datang mereka telah bersedia. Tekanan mental dan fikiran rakyat telah di acuani bahawa UMNO & BN hanyalah yg terbaik.

Yang demikian, kita bukan saja perlu meneliti dan mengkaji atau membuat strategi, tetapi bagaimana untuk menananginya.Kekalahan di IK bukan kerana saja calun BA yg tidak popular dan tidak di restui ramai, malah tektik samseng yg di gunakan oleh UMNO & BN. BA perlu mengawal daripada terus bercakaran di atas perkara yg remeh. Ini yg di tunggu oleh UMNO/BN untuk menghancurkan perpaduan di dalam BA. Lihat saja apa yg terjadi kepada DAP. Senanglah UMNO/BN untuk menumpukan siapa musuh mereka!

Jadi sedetik ini kita mesti duduk semeja bagi membuktikan bahawa kerajaan yg di taja oleh UMNO & BN perlu di tukarkan kepada sebuah kerajaan yang telus, tidak mementingkan kroni, tidak rasuah, perasugut dan salah guna kuasa. Malah tindakan IPD polis Trafik Kuala Muda Kedah untuk menentukan isi khutubah Jumaat bagi masjid-masjid yg menjadi tumpuan BA, adalah satu tindakan yg melampau. Campur tangan mereka dengan alasan untuk menjaga ketenteraman lalu lintas daripada kepentingan peribadi adalah tidak lojik. Sedangkan perarakan Thaipusam yg berlarutan terkadang sampai dua minggu yg menyebabkan lalulintas tidak lancar dapat di jagai oleh mereka. Terutama bagi penduduk di Tmn Peruda dan Tmn Ria/Ria Jaya. Bayangkan dari trafik light Sharp, terdapat 11 lampu isyarat. Malah kedudukan lalu lintas bagi Bandar Sg Petani semangnya bermasaalah, terutamanya bagi hari Sabtu dan Ahad dan perlu di kaji semula.

Kes kedua, dimana pagi tadi saya telah sampai ke Jalan Chain Ferry Butterworth, jam 705 pagi ( 21.1.02 ). Ingatkan dekat trafik light utama ke Jetty tuu kerja-kerja construktion, rupa-rupanya orang-orang sedang menggorek bijik tantalum. Bayangkan di tengah-temngah kesibukan pagi orang nak pergi kerja. Macam tidak ada apa-apa tindakkan di ambil. Satu kerja yg melampaui batas, mengorek tantalum di tengah-tengah jalan raya!

Apapun untuk semua berkerja kuatlah, apakah pilihan raya seawal 2003?

Wassalam.

laduniseven.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com