UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SEHARI DI LOKAP GOMBAK (Pengalaman Ustaz Dr. Badrulamin)

Hari Jumaat, 21 Ramadan 1422H (7 Disember 2001), jam 10.30 pagi, sekali lagi saya ditangkap di rumah atas tuduhan melanggar syarat perintah tahanan dibawah seksyen 8(5) ISA. Lebih kurang 10 anggota Polis membawa saya ke Balai Polis Gombak. Saya diiringi oleh isteri saya Zumrah dan anak saya Najwa. 11 pagi saya tiba di Balai dan disambut oleh Ketua Balai Insp. Ramli. Saya diberitahu yang saya akan ditahan reman. Setelah mendapat kebenaran, saya menghubungi peguam saya Tetuan Saiful dan memintanya datang segera. 11.15 pagi saya dimasukkan kedalam lokap, 12 tengahari peguam saya tiba.

Di dalam lokap, saya berkenalan dengan 18 tahanan lain kebanyakannya Bangla dan Indon atas beberapa kesalahan berkaitan dokumen dan permit kerja. Ada dua sel dan satu tandas yang dikongsi oleh kami seramai 19 orang. Untuk memberikan layanan 'istimewa' maka satu sel dikosongkan untuk saya seorang dan tahanan lain berasak di sel sebelah dan juga di kaki lima sel. Keadaan sel yang amat kotor dan berbau bertambah buruk dengan kesesakan tahanan Bangla dan Indon yang mungkin sudah beberapa hari tidak mandi.

Setelah berkenalan dengan beberapa tahanan, saya bertanya tentang kes mereka dan alangkah terkejutnya saya bila mendapat tahu perkara-perkara berikut:

a) Ramai antara mereka yang sudah beberapa hari dilokap tanpa dirujuk kemana-mana mahkamah untuk mendapat perintah reman. Ini salah dan bertentangan dengan peraturan kerana orang yang ditahan mestilah dibawa ke mahkamah dalam tempoh 24 jam untuk Polis mendapatkan perintah reman. Polis tidak boleh menahan sesiapa lebih dari 24 jam tanpa perintah mahkamah.

b) Boleh kata keseluruhan tahanan yang 18 orang itu ditahan tanpa pengetahuan keluarga atau majikan mereka. Mereka mengaku bahawa Polis mengenakan bayaran tertentu untuk mereka menghubungi keluarga atau sesiapa. Mereka juga boleh bertemu keluarga dengan bayaran RM200.00 malah mereka boleh 'lepas' dengan bayaran RM2,000.00.

c) Yang lebih dahsyat lagi, beberapa orang mengaku yang mereka 'dirompak' oleh Polis ketika ditangkap (sebelum dibawa ke Balai). Saya difahamkan bahawa telah menjadi amalan biasa bahawa Polis akan merompak apa saja yang ada di tubuh orang yang ditahan termasuk jam, rantai, gelang dan wang tak kira jumlahnya.

Saya terfikir…

a) Apakah ini juga menjadi amalan di Balai Polis lain selain Gombak?

b) Apakah Polis Negara ini telah menjadi perompak berlesen?

c) Kalau ini amalan Polis peringkat bawahan, bagaimana pula amalan Polis peringkat atasan?

d) Masih bolehkah Polis diberi kepercayaan?

Jawabnya mudah. Sebenarnya, kita sedang hidup dalam satu sistem yang rosak… dipimpin pula oleh orang yang rosak. Adakah anda gembira dengan keadaan ini? Hanya kita yang akan merubah nasib dan keadaan kita. Firman Allah bermaksud "Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum hinggalah kaum itu sendiri merubah apa yang ada dalam diri mereka…"… Hari itu, saya solat Jumaat dan berbuka puasa dalam lokap.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com