UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kepala ikan busuk BN dipamerkan di Kangar ....

Oleh : matdeghih

Pengalaman singkat saya di Indera Kayangan IK) walaupun cuma tiga hari sejak hari penamaan calon, tetap memberi keyakinan bahawa BA akan melengkapkan keADILan di setiap negeri di utara. Kedah berbangga kerana adanya YB Saifuddin, Pulau Pinang dengan YB Pak Rahmannya,dan Perak dengan YB Botanya. Perlis pula dijangka akan mendapat khidmat YB Cikgu Khoo. Selangor dengan YB Azmin, begitu juga dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan, suara keADILan berkumandang di DUN masing-masing. Johor, Melaka dan Johor serta Sabah dan Sarawak masih menanti suntikan baru untuk mencabar BN. Dan suntikan itu diharapkan datangnya dari IK.

Berdasarkan pengalaman yang lepas, pengalaman pilihanraya kecil di Sanggang, Teluk Kemang dan Lunas, peluang untuk IK tetap berpihak kepada BA. Pengundi-pengundi Melayu yang 1999 mengundi BA akan terus mengundi BA. Tidak banyak pertambahan undian dari Melayu kecuali dari pengundi-pengundi baru. Kekalahan BA di Sanggang adalah kerana tiada perubahan undi dari bukan Melayu, khususnya Cina. Mungkin masyarakat Cina tidak begitu selesa dengan 'kejutan itu'.

Peningkatan undi yang diterima oleh BA di Teluk Kemang sehingga mampu 'menawan DUN Lukut' dengan majoriti lebih 600 undi memperlihatkan satu perubahan menyeluruh dari kaum Cina walaupun pengundi Melayu tetap seperti 1999. Isu JE dengan pengagihan bantuan kerajaan yang dipersoalkan telah memalukan BN walaupun menang di Parlimen Teluk Kemang.

Lunas adalah bukti ketara penerusan kesinambungan corak undi di Sanggang dan Teluk Kemang. Undi dari Melayu di Lunas tidak banyak meningkat berdasarkan 1999, tetapi undi dari masyarakat Cina amat mengejutkan. Kejutan undi Cina ini telah mengakibatkan BN hilang kuasa dua pertiga kuasanya di DUN Kedah. Isu Sekolah Damansara menarik minat pengundi Cina apatah lagi dengan sokongan terbuka sifu mereka Cikgu Loke.

19 Januari 2002 akan memperlihatkan pula corak ragam pengundi di Indera Kayangan. Dijangka pengundi Melayu yang mengundi BA 1999 akan terus mengundi BA. Sukar untuk menarik pengundi ini beralih kepada BN walaupun hampir semua pimpinan kanan keADILan Perlis berjaya 'dibeli'. Dan penentu tetap ditangan pengundi Cina. Kalau di Teluk Kemang dan Lunas pengundi Cina boleh memberi undi kepada calon Melayu, Roslan dan Saifuddin, kenapa pula mereka tidak boleh memberi undi kepada Cikgu Khoo yang dianggap rakan karib Kangar itu sendiri. Cikgu Khoo adalah adalah 'cikguku' bagi pengundi dan masyarakat Cina di Kangar.

MCA yang diwakili oleh Ketua Wanitanya bukanlah orang Kangar. Beliau tinggal di Arau dan sering menghabiskan masanya bersama keluarga di Kuala Lumpur. Pengundi Cina pula tidak selesa berwakil rakyat seorang wanita. Terlalu sukar MCA menarik simpati dari pengundi di kalangan Cina. Bagi majoriti masyarakat Melayu utara mereka akan tetap memberi undi kepada siapa sahaja yang dicalonkan untuk melawan BN walaupun mereka mungkin tidak begitu kenal dengan calon tersebut seperti mana yang diperlihatkan oleh mereka dalam pilihanraya 1999 lalu.

IK merupakan kawasan pilihanraya yang bersaiz kecil. BN dan BA luar menumpu di IK. Petugas-petugas luar begitu ramai. BN menguasai dewan-dewan dan tadika perpaduan. BA pula terpaksa menyewa kedai-kedai atau rumah untuk dijadikan bilik gerakan. Serba daif BA di IK berbanding BN. Tetapi untuk tempoh tiga hari ini, BN masih tercari-cari rentak kempen. Bilik gerakan mereka hanya dipenuhi oleh petugas-petugas mereka yang tidak boleh mengundi di IK kecuali mereka menjadi 'hantu' terlebih dahulu.

Bilik gerakan BA pula sentiasa menarik minat untu mendengar ceramah dan kempen dari penceramah-penceramah BA yang sememangnya telah lama tidak didengari suaranya kerana kekangan permit. Pernah di Kg Bakau (maaf kalau salah ejaan), ceramah BA oleh YB Saifuddin dan Raja Komandod dikawal oleh setrak FRU. Dalam jarak 40 meter di seberang jalan, ceramah BN yang dipelopori oleh Anuar Musa gagal menarik minat pengundi kecuali petugasnya sahaja. BN terpaksa menghalakan pembesar suaranya ke arah ceramah BA, langsung tidak hormat pengundi, tetapi pengundi BA tetap baik.

Di bilik-bilik gerakan BA di kawasan majoriti pengundi Cina akan terdapat sekelompok (4 orang) polis, di kawasan berhampiran. Kehadiran polis tanpa sebab ini sudah tentu akan menakutkan pengundi untuk berkunjung ke bilik gerakan BA. Sebab itu bilik gerakan ini nampak sepi dari kunjungan.

Satu pengalaman yang menarik di IK ialah pengundi-pengundi Cina memperlihatkan sokongan awal mereka kepada BA. Setiap ceramah BA akan kelihatan pertambahan pendengar dari Cina. Tidak seperti di Lunas, hanya di saat akhir barulah pengundi Cina keluar mendengar ceramah.

Bagi masyarakat Cina di IK, Dato' Ling Liong Sik adalah anggap seperti kepala ikan busuk. Kepala ikan yang dihurungi langau. Replika kepala ikan busuk ini ada dipamerkan untuk tatapan pengundi Cina di IK. Begitu juga dengan kenyataan ugutan Aziz Syeikh Fadhil untuk membakar Dewan Perniagaan Cina Selangor suatu ketika dulu sedang dijadikan bahan kempen menarik sokongan pengundi cina. Petugas BN telah ditugaskan untuk mengoyak poster kenyataan ugutan ini. Poster ini begitu sensitif kepada BN ... pantang tengak mesti kena rentap.

Kepada pengundi-pengundi di IK, saya tetap yakin dengan anda ... selamat mengundi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com