UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kenyataan Media Sempena Menjelang Tahun 2002

Kenyataan Media Sempena Menjelang Tahun 2002

Tekadkan Azam Menentang Kezaliman Kerajaan Barisan Nasional

Semakin ramai rakyat Malaysia kini sedar bahawa tidak ada ertinya segala kemewahan dunia jika kebebasan kita dirampas tanpa kehidupan berkeluarga yang penuh kasih sayang. Apalah erti kemajuan jika fikiran kita sentiasa ditakut-takutkan oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir yang hanya memikirkan bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa walaupun sudah tidak mampu menguruskan negara ini. Dr. Mahathir sanggup lakukan apa sahaja demi terus berkuasa. ISA adalah satu bukti menunjukkan bahawa kerajaan beliau adalah zalim.

Kami ingin mengingatkan Dr. Mahathir bahawa beliau tidak layak menasihati rakyat kerana beliau sendiri tidak melaksanakan apa yang diucapkannya. Pemimpin kerajaan Barisan Nasional juga bersubahat menzalimi dan menganiayai rakyat seperti tahanan politik ISA dan kami, keluarga mereka, turut menderita kerana dipisahkan secara paksa oleh undang-undang zalim ISA.

Januari 2002, genaplah 9 bulan tahanan politik ISA ditahan tanpa bicara dengan terkurungnya mereka di dalam Kem Tahanan Kamunting. Walaupun begitu semangat mereka sedikitpun tidak luntur menentang kezaliman Dr. Mahathir terhadap mereka. Isteri, anak-anak, ibu, bapa dan keluarga serta penyokong REFORMASI juga tidak sedikitpun pudar semangat mereka untuk terus berjuang menegakkan keadilan dan menentang kezaliman yang nyata di bumi Malaysia ini. Jika semangat yang jasadnya terkurung tidak luntur apalagi yang masih bebas. Dr. Mahathir tidak akan mampu membendung semangat perjuangan ini.

Kami menuntut kerajaan Malaysia membebaskan tahanan politik segera kerana penahanan tanpa bicara adalah tidak sah dan melanggar hak asasi manusia sejagat. Penggunaan ISA terhadap Saari Sungib, Mohamad Ezam Md. Nor, Chua Tian Cheng, Lokman Noor Adam, Hishamuddin Rais dan Dr. Badrulamin Bahron adalah zalim.

Menjelang tahun baru ini, kami menggesa agar hasrat pembangunan materialistik kerajaan haruslah diimbangi dengan keadilan sosial. Apalah ertinya pembangunan jika ada rakyatnya yang masih tertindas dan dianiaya? Kami akan menuntut hak kami yang dianiayai ini jika tidak di dunia ini tetapi di hari pengadilan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Jangan perkecilkan do’a orang-orang yang dizalimi. Ingatlah bahawa amanah memimpin negara yang diberikan kepada pemimpin Barisan Nasional hanyalah sementara. Rakyat akan menentukan nasib pemimpin yang tidak lagi amanah. Insaflah dan hentikan nafsu mabukkan kuasa!

Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA
1 Januari 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com