UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Umat Islam : Penentu Keselamatan Dunia dari hari Qiamat

Assalamualaikum saudaraku semua,

Alhamdulillah, sekadar ingin berkongsi maklumat dan seterusnya memberikan sedikit peringatan kepada diriku sendiri dan seluruh umat umumnya tentang seperkara yang sudah diketahui oleh hampir kesemua orang Islam tetapi hanya sedikit yang memahaminya.....aku bukan orang yang pakar dalam hal agama tetapi dengan sedikit warisan peninggalan Rasulullah SAW yang ada dalam diriku, maka rasanya tidak salah untuk aku kongsi bersama kita semua.

Umat Islam hari ini SEPATUTnya sudah sedar bahawa apa yang ada di hadapan mata kita hari ini telah pun dikhabarkan oleh Baginda SAW hampir 1400 yang lalu......tentang quantity umat Islam yang tiada quality...umpama buih-buih di lautan. Namun persoalannya, apakah tindakan kita sebagai umat Islam yang mengaku cintakan nabi SAW? Banyak dan tindakan pun sudah banyak yang diambil...alhamdulillah, dengan hidayah dari ALLAH SWT, maka para ulama dan cendikiawan Islam sudah ramai yang memainkan peranan utama mereka dalam mengemudi umat bagi memastikan hukum ALLAH dapat ditegakkan sepenuhnya dalam dunia ini.

Tetapi yang menjadi kesedihan aku secara peribadi adalah sikap beberapa kelompok umat Islam yang amat aku kesali.....aku memohon ampun dari ALLAH SWT kerana mungkin di atas kelemahan dan kejahilanku, maka perkara ini berlaku. Rukun Islam yang 5 sudah menggariskan dgn lengkapnya status keISLAMan seseorang dan rukun iman yang 6 pulan tentang keIMANan seseorang....saya setuju dengan jawapan Ust Ali Muda terhadap sorang seorang hamba ALLAH tentang Tabligh..

Persoalan di sini bukannya Tabligh itu betul atau salah, Parti PAS betul atau salah, Arqam betul atau salah, ABIM betul atau salah, JIM betul atau salah dsb.....Seluruh umat Islam adalah bertanggung jawab terhadap seluruh umat akhir zaman kerana inilah warisan UTAMA nabi SAW kepada umat ini sesuai dengan firman ALLAh dalam Al-Quran (Para cendikiwan, tolong sahkan...)..umat Islam di akhir zaman adalah umat Da'wah yang WAJIB untuk menyampaikan walau satu ayat pun....tentang kaedahnya.....bermacam cara boleh dilakukan dan sama ada mengikut acuan jemaah tertentu atau cara baru....aku merasakan TIADA MASALAHnya asal saja matlamatnya dan aqidah nya tidak lari dari menegakkan hukum Allah swt sesuai dgn Al-Quran dan As-Sunnah.Seperti kata Ustaz Ali Muda, da'wah itu banyak kaedahnya dan janganlah kita umat Islam hari ini, SIBUK menyalahkan satu sama lain dalam hal yang tidak sepatutnya...SEPATUTNYA kita sebagai umat Islam yang sayangkan agama ini, bersatu dalam perkara yang menekankan hal agama ISLAM itu sendiri...sesuai dgn analogi umat Islam umpama satu badan.

Cuba kita renungkan bersama, sekiranya masing-masing menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamat utama i.e menegakkan hukum ALLAH di permukaan alam ini, maka TIADA MASA untuk kita mencari kelemahan dan kesalahan saudara seperjuangan kita. Alangkah cantiknya jika, harakah PAS teruskan dengan program dan aktivitinya,begitu juga ABIM, JIM dan juga jemaah yang dipanggil Jemaah Tabligh...meneruskan program mereka kerana aku pasti, kesemuanya menyahut seruan dalam Al-Quran....sebagai Umat Terbaik iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.....TETAPI sekiranya terdapat di antara mereka yang terpesong dari kehendak syariah, maka WAJIBlah kita membetulkan mereka...

Alangkah eloknya jika masjid-masjid, surau-surau, dan moshallah di seluruh dunia hari sentiasa PENUH dengan umat ISLAM pada setiap shalat fardhu 5 kali sehari semalam, kemudian di antara mana-mana masa yang ada, dipenuhi dengan program keagamaan seperti ceramah agama, USRAH, muzakarrah, tazkirah, zikir, baca Quran dan semua bentuk amalan kerohanian....dan di sinilah diadakan perbincangan untuk sebarang masalah. Sememangnya, umat ISLAM hari ini tidak dapat lari dai perbezaan pendapat sama ada hal kecil seperti memeliharan janggut bagi lelaki sehinggalah kepada hal yang lebih besar iaitu umat ISLAM mati tanpa iman (MURTAD)...nauzubillah....tetapi pasti ada cara untuk menyatukan kita semua. Imam Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafii sendiri bercanggah pendapat dalam sesetengah perkara namun mereka tidak menyalahkan satu sama lain bahkan mengjormati usaha dan kaedah serta pendapat masing-masing bagi memastikan umat Islam mengamalkan agama dalam kehidupan mereka.Kalau ada umat Islam yang tidak mampu untuk mengamalkan 100% kehidupan Nabi SAW dalam harian mereka, maka janganlah kita menghukum mereka dgn cercaan atau buruk sangka...sekiranya dia masih menjaga rukun Iman & Islam dengan sempurna, Insya Allah, pasti dia masih berada dalam kelompok manusia yang mendapat taufik dari ALLAH.

Analogi mudah yang aku hendak khabarkan di sini ialah BAGAIMANA CARA UNTUK MASUK TANDAS bagi melihat kewujudan harakah2 Islam yang ada di seluruh alam dewasa ini...mungkin tidak tepat namun itulah yang menjadi rujukan aku. Semua manusia pasti dan pasti akan dan selalu pergi ke tandas atas maksud untuk membuang sama ada yang "kecil" atau yang "besar". Dan ada bermacam-macam cara yang digunakan untuk mencapai tujuan ini. Bagi yang terlebih kaya dan kemampuan, mungkin, dia akan menyuruh khadamnya untuk membawanya ke pintu tandas dan setelah selesai urusannya, dia mungkin juga meminta khadamnya untuk membasuhnya....sebab dia terlebih kaya. Ada juga yang terpaksa membayar 20sen untuk maksud yang sama. Bahkan, ada juga yang terpaksa masuk ke dalam semak samun untuk maksud yang sama...namun, dilihat dari objektifnya..jelas adalah SAMA...hendak membuang sesuatu yang tidak diperlukan oleh badan TETAPI kaedahnya lain-lain....Insya Allah, semuanya pasti akan tercapai. Kalau ada yang mengatakan cara si Kaya ini salah atau cara si miskin itu kurang tepat, maka pasti mereka akan marah dan melenting tanda tidak setuju....Namun dalam amalan suci Umat ISLAM, Nabi SAW telah mengajar kita cara yang terbaik untuk mencapai objektif tersebut...soalnya sama ada kita buat @ amal cara baginda atau tidak, terpulanglah kepada kita kerana terdapat kelebihan yang tersendiri jika kita mengikut cara baginda SAW.

Nah...!! di sini akuj melihat perkara serupa dgn usaha menyeru manusia kepada ALLAH...terdapat bermacam-macam cara yang boleh dilakukan...asalkan sahaja tidak lari dari syariat Quran dan Sunnah, maka aku percaya semuanya boleh mencapai matlamatnya dan tidak ada yang SALAH....cuma Nabi SAW juga telah mengajar cara-caranya untuk setiap kategori, sama ada kita mahu ikut atau tidak, terserah kitalah kan?

Maafkan aku jika terdapat gaya bahasa yang tidak elok atau terdapat maksud yang tergantung di atas...yang aku kongsi di sini hanyalah pandangan dan pengalamanku sendiri tanpa mewakili mana-mana puak atau harakah...yang penting marilah kita berdoa agar seluruh umat akan selamat dalam menghadapi peperiksaan di alam barzakh nanti kerana jika selamat di situ, Insya Allah, untuk perhentian seterusnya hampir tidak ada masalah dah.....

Wassalam

MFS






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com