UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Melayu Baru Tidak Perlukan Keganasan

Oleh: Hj Mohnas

Apa sahaja pentakrifan terhadap insiden yang menimpa Johari Yassin, Exco Pemuda Keadilan merupakan khabar buruk kepada proses demokrasi negara ini, terutama perjalanan pilihan raya. Mengoyak poster pihak lawan merupakan satu tindakan anti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, manakala membelasah petugas pilihan raya merupakan tindakan jenayah. Kedua-dua kesalahan ini tidak boleh dilindungi dengan menyebut perbuatan berlaku kerana pihak lain causing the skirmish.

Parti pembangkang sejak sekian lama dikaitkan dengan tindakan-tindakan ganas, terutama dalam pilihan raya, tetapi realiti yang berlaku memperlihatkan UMNO terlebih dahulu membibitkan tindakan yang di luar kemanusiaan. UMNO mengwar-warkan betapa pembangkang ganas dan sering bertindak di luar kewarasan, tetapi setiap kali insiden keganasan yang berlaku, ia lebih dahulu dicetuskan oleh petugas dan ahli parti berkenaan.

Proses dan perjalanan pilihan raya bukanlah pertembungan antara dua kumpulan gangstar atau pertarungan di atas pentas boxing, tetapi proses memilih pemimpin dari calon yang dikemukakan dengan cara mengikut lunas-lunas undang-undang.

Apabila pemimpin dan ahli parti bangkrap idea dan muflis budaya, maka mereka akan melihat kemenangan calon mereka adalah satu kemestian tidak mengira dengan apa cara sekali pun [by hook or by crook]. Justeru, mereka mengharuskan segala-gala tindakan parti dan ahli mereka, meski pun ia bersalahan dengan undang-undang. Inilah dimaksudkan dengan matlamat menghalalkan cara.

Perbuatan matlamat menghalalkan cara ini dicetuskan pemimpin tertinggi apabila mengeksploitasi apa sahaja jentera kerajaan dan menggunakannya seperti jentera parti. Maka, perbuatan ini akan diekori ahli dan petugas parti sehingga mewabak dalam segenap jentera parti. Ini mengesahkan teori kepala ikan, yang busuk kepalanya merebak hingga ke ekor.

Tindakan keganasan ini bukanlah menunjukkan UMNO kuat sehingga sanggup dan mampu melakukan apa-apa sahaja, tetapi memperlihatkan kebaculan parti di ambang usia itu dalam mendepani segala kritikan dan cabaran. Sebagai lagak manusia yang bacul, maka mereka akan menggunakan apa-apa sahaja senjata meskipun ia adalah salah, kerana tidak mungkin mereka bertarung satu lawan satu dan dalam suasana yang adil.

Maka, tindakan 100 orang membelasah dua tiga orang petugas keadilan adalah antara sekian banyak kebaculan UMNO.

Shahidan Kassim tidak boleh memberikan dalih betapa tindakan itu dicetuskan terlebih dahulu oleh Keadilan. Kalau pun Keadilan bersalah menampal poster yang mengandungi ayat-ayat yang mengancam atau pun tidak mengandungi logo parti, apakah ia akan menghalalkan tindakan jenayah membelasah individu lain?

Apakah ini menunjukkan teori Machiavelli semakin dikuasai dengan baik oleh pemimpin parti itu dan merestui ahli dan petugas mereka menggunakannya pula apabila berdepan dengan pihak lawan? Tidak ada manusia yang waras dan berbudaya menerima tindakan tersebut sebagai harus, adakah UMNO mahukan ahlinya menjadi tidak waras dan tidak berbudaya?

Baru sahaja Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru ahli UMNO supaya mendekati golongan Melayu Baru, adakah keganasan ini adalah caranya mendekati Melayu Baru? Pak Lah wajar melihat kembali pergerakan partinya, memantau budaya yang kini berkembang-biak dan mewabak-cela dalam parti itu sekiranya mahukan mereka diterima Melayu Baru.

Gelombang kebangkitan rakyat tidak mungkin dihadapkan dengan tindakan keganasan tersebut, kerana gelombang itu sifatnya seperti air yang tidak mungkin disekat dan dihadang. Tindakan menyekat dan menghadang akan memberikan impak negatif, terutama kepada parti yang sudah lanjut usia itu.

Pasukan keselamatan wajib mempertingkatkan tahap keselamatan, dan anggota mereka harus berani berdepan dengan keganasan, terutama yang datang dari ahli dan petugas UMNO. Ahli dan petugas UMNO wajar diingatkan meski pun parti mereka berkuasa, tetapi ia tidak mengharuskan apa-apa jua tindakan yang menyalahi undang-undang atau menganjurkan kekerasan serta keganasan.

Sekiranya, ahli dan petugas UMNO mahu berterus-terusan menggunakan kekerasan, maka hasrat Pak Lah mendekatkan UMNO dengan Melayu Baru seumpama meludah di bilik air sahaja. Kalau Shahidan masih berterusan mempertahankan tindakan sebegini, maka dia tidak sesuai dengan hasrat Pak Lah itu.

Sekiranya Pak Lah berkesempatan menjadi PM, cadangan saya Shahidan tidak sesuai dengan pentadbiran Pak Lah yang mahu mendekati Melayu Baru!

=====






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com