UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Arkitek mahligai PM buat tuntutan lebih 11 juta, bukti kos mahligai lebih 200 juta

KUALA Lumpur: Arca 3 Ariktek, firma arkitek yang bertanggungjawab merekabentuk kompleks Sri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putra Jaya telah memfailkan kes saman kepada syarikat induk Setia Putrajaya Sdn Bhd kerana gagal melangsaikan wang tertunggak.

Menurut maklumat kes yang kini terdedah kepada umum, Setia Putrajaya mengakui bahawa kos akhir membina kompleks Sri Perdana itu adalah RM 110,683,316.90. Jumlah itu tidak termasuk perbelanjaan seni taman dan kawasan sekitar kompleks itu yang dipercayai berjumlah lebih RM 200 juta.

Ini meletakkan kos keseluruhan projek itu berjumlah lebih RM 300 juta.

Pembinaan kompleks Sri Perdana mendapat tentangan hebat dari bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berpendapat kes itu tidak menguntungkan rakyat dan tidak diperlukan.

Projek yang keseluruhannya diberikan kepada kroni-kroni pemimpin BN itu dijalankan semasa negara sedang tenat menghadapi krisis kewangan bermula tahun 1987 dahulu.

Akibat keengganan Dato' Seri Anwar meneruskan polisi membela jutawan kroni BN terutamanya anak-anak Perdana Menteri, beliau telah difitnah dan dipenjarakan dalam tahun 1998.

Maklumat dari mahkamah menunjukkan bahawa kes saman itu akan dibaca di Mahkamah Tinggi pada 17 April 2002.

Ia dijangka akan menarik minat pelbagai pihak, memandangkan Perdana Menteri pernah pada satu ketika membuat kenyataan di Dewan Rakyat bahawa kos membina kompleks itu hanyalah RM 17 juta sahaja.

Jika kes saman itu diteruskan, ramai yang percaya ahli Parlimen BA akan mengusulkan agar Dewan Rakyat secara rasmi mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri kerana berbohong di dalam Dewan Rakyat, dewan perundangan tertinggi di negara ini.

Pembinaan kompleks itu dipercayai dibuat berdasarkan cita rasa isteri PM Datin Seri Siti Hasmah Mohd Ali dan anak-anaknya.

Mengikut sumber-sumber dari Putrajaya, sebahagian besar daripada kompleks itu mempunyai perkakas dan perabut mahal yang diimport khas dari Eropah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com