UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Respon siapa yang siasat korupsi pembangkang ????

Saya ingin memberi respon terhadap apa yang telah ditulis oleh PENYOKONG REFORMASI dalam tajuk siapa nak siasat korupsi pembangkang ... Pada saya PENYOKONG REFORMASI tersebut telah tersilap membuat perhitungan kerana telah terpedaya dengan khabar angin atau fitnah ala-Umno & BN. Kalau kita masih ingat dalam satu majlis di UK yang dihadiri oleh YB Mahfuz dan Annuar Musa pada satu ketika dulu, Annuar Musa pernah membangkitkan perkara ini kononnya ada penyelewengan di dalam kerajaan PAS .

Maka dengan jelas YB Mahfuz menjawab bahawa sekiranya Annuar Musa ada bukti ayuh sila dakwa di mahkamah kerana sudah menjadi dasar PAS membanteras segala bentuk penyelewengan dan tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang melakukan penyelewengan. Ini standard perjuangan PAS. Dan sampai sekarang tiada kes yang dibawa ke makhkamah oleh Annuar Musa. Adakah PENYOKONG REFORMASI menganggap Tok Guru sengaja mendiamkan saja segala penyelewengan yang berlaku di bawah beliau ???

Pada saya, mungkin apa yang ditimbulkan itu hanyalah salah faham atau tersilap maklumat sahaja .... Jadi janganlah diwar2kan untuk menunjukkan kepada UMNO kita ada penyelewengan... Berbeza dengan penyelewengan UMNO, pihak pembangkang mempunyai bukti2 yang kukuh dan beserta dengan fail2nya sekali tentang penyelewengan mereka ... Cuba kita fikir dengan waras, kalau memang ada bukti, dah lama puak2 Umno ni bawa ke mahkamah dan dah tentu riuh satu dunia kerana sebagaimana kita sedia maklum POLIS, BPR, MAHKAMAH dll semuanya berada di bawah dagu Mahathir. Jadi kesimpulannya janganlah kita terlalu terikut 2 dengan rentak UMNO & BN....yang sudah menjadi darah daging mereka dalam mencipta fitnah dan dakwaan yang tak berasas... Wallahua'lam...

muraibatu57@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com