UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Aduan BPR- Buku Siapa Benar & Apakah Ada Tindakan?

SEMALAM, 24 Januari 2002, Naib Ketua Pemuda Pas kawasan Peringat Mokhtar Ismail membuat aduan kepada BPR mendakwa ada sesuatu yang perlu disiasat lewat buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar Susunan Fadzli Mohd Nor.

Apakah BPR akan menyiasat aduan ini kerana ia datangnya dari Pas, sebuah parti pembangkang di peringkat pusat dan parti pemerintah di peringkat kerajaan di peringkat negeri? Pertanyaan ini timbul kerana banyak aduan dari parti-parti pembangkang disenyapkan begitu sahaja, sama ada polis atau BPR. Apa sudah jadi dengan aduan ada unsure-unsur rasuah terhadap Tan Sri Ali Abul Hasan Sulaiman yang didakwa mempunyai wang RM100,000 dalam laci di pejabatnya ketika bertugas di EPU, Jabatan Perdana Menteri?

Apa jadi dengan aduan polis yang dibuat terhadap pendakwaan terpilih Dato' Seri Rafidah Aziz yang melakukan rasuah terhadap pengagihan saham ketika dia mempengerusikan mesyuarat pengagihan tersebut?

Banyak lagi aduan yang dibuat, termasuk aduan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang membuat tuntutan perjalanan palsu, Dato' Abd Ghani Othman yang terlibat dalam kes pembalakan di kawasan orang Asli di Pagoh dan cerita kelulusan tanah kepada orang-orang muda oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib (sebenarnya dihebohkan dizaman Khir Toyo).

Apakah tidak ada penyelewengan yang berlaku dalam Renong, MRCB dan MAS? Apakah BPR tidak menyiasat kesemua aduan kerana ada arahan dari pihak tertentu? Apakah BPR tidak nampak apa-apa penyelewengan di Jabatan Imigresen dan KDN dalam soal-soal kemasukan pekerja asing khususnya dari Bangladesh, India dan Indonesia?

Hari ini rakyat sedang memerhatikan tingkah laku BPR: Sejauh mana mereka akan memulakan siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh Sdr Mokhtar Ismail terhadap kandungan buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar Susunan Fadzli Mohd Nor ini. Buku ini perlu dibaca oleh setiap orang kerana ia bukan tuduhan yang dibuat oleh Pas, PRM atau keADILan tetapi pendedahan yang dimulakan oleh Dato' Azmi Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar, diikuti dakwaan dibuat secara bertulis oleh Tan Sri Abdullah Ahmad melalui kolumnnya dan jawapan-jawapan penuh emosional bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Annuar Musa.

Betullah seperti ditulis dalam mukadimmah buku itu; "tangkap dan dakwa 'mastermind' penyelewengan ini. Dia mestilah bukan seorang budak pejabat, dia bukan kerani atau jaga tetapi sekurang-kurang seorang yang bertaraf menteri atau Ketua Setiausaha Kementerian." Kita rakyat Malaysia yang ingin melihat negara ini bersih dari rasuah dan penyelewengan tentunya tertunggu-tunggu agensi-agensi seperti BPR dan polis menyiasat dan mendakwa orang-orang ini. Mungkin penyeleweng ini sedang berseronok-seronok dan mungkin juga penyelewengan masih terus dilakukan dengan bebas kerana mereka tahu mereka sentiasa dilindungi oleh bapa rasuah negara, Umno.

Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com