UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Saham MAS, BPR dan Umno

DI MALAYSIA, cerita MAS kerugian RM1.127 bilion seperti tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Kerajaan pula tanpa segan silu mengesahkan akan mengambil alih MAS, bagi tujuan 'menyelamatkannya'. Entah kali ke berapa MAS perlu diselamatkan, perlu disusun semula, tiada siapa yang peduli dan rakyat seolah-olah sudah lali dengan cerita syarikat-syarikat besar menanggung kerugian besar.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) terlalu sibuk dengan tugasan lain hingga tidak ada masa untuk membuka fail menyiasat MAS yang tidak mungkin boleh rugi begitu besar jika tiada penyelewengan. Malangnya, di Malaysia bila ada komen dibuat terhadap syarikat-syarikat besar yang kerugian, nanti akan ada ahli Umno mempertahankannya. Bayangkan, ketika harga saham MAS berharga RM3, kerajaan membelinya dengan harga RM8, pun masih dikatakan suatu langkah cukup terkehadapan dan cukup bijak. Rakyat tidak berasa apa-apa, malahan membisu seribu bahasa.

"Tidak ada rasuah. Malaysia aman dan sejahtera," kata beberapa kerat budak-budak Umno yang menganggap kerugian MAS sebagai biasa dalam perniagaan, kadang-kadang rugi dan kadang-kadang untung.

Dalam ulasan media yang pro kerajaan, mereka akan menyalahkan peristiwa 11 September dan pasaran Eropah yang semakin berkurangan sebagai punca kerugian MAS. Tidak siapa mahu mengakui hakikat MAS sudah rugi sejak 1988, bukan sejak peristiwa 11 September 2001.

Nanti, akan digembar-gemburkan kononnya ada syarikat luar yang kepingin membeli saham MAS. Maka, demi kedaulatan Malaysia, maka kerajaan tidak akan membenarkan pembelian itu dan kerajaanlah yang seharusnya membeli saham-saham yang sedang menjunam itu dengan harga yang cukup tinggi. Apakah BPR tidak nampak unsure-unsur rasuah dalam hal seperti ini, beli pada harga yang sepatutnya?

Mahukah sesiapa membeli sebuah Proton Saga pada harga sebuah Volvo S70? Tentunya tidak tetapi inilah yang berlaku. Pun masih ada orang yang mengaku penyokong Umno mengandaikan tindakan kerajaan ini sebagai bijak, maha bijak dan langkah terkehadapan. Kita juga boleh tengok kerajaan (melalui Telekom) sedang merisik Celcom. Apakah benar-benar telekom sekarang cukup mewah, semewah Petronas yang sering dijadikan "pusat" menyelamatkan mana-mana institusi yang mengalami kerugian? Apa sudah jadi dengan wang EPF, Tabung Haji dan Tabung Pencen? Apakah orang-orang Melayu mudah lupa hingga membenarkan pihak-pihak yang sedang berkuasa sekarang berbuat sesuka hatinya, dengan menutup semua cerita-cerita ini cerita "P. Ramlee" yang cukup mengelikan hati?

Diperbesarkan cerita KMM, Al-Maunah dan AlQeada yang kononnya bertali-tali mahu mengganas. Dalam masa yang sama kekayaan negara disedut sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan orang itu dan orang ini, termasuk Tajuddin Ramli yang kononnya mengambil wang MAS untuk membina dua buah masjid di Kedah.

Berapa Tun Daim sapu selama ini tiada siapa mahu mepersoalkannya.. Tajuddin Ramli, Halim Saad dan Vincent Tan khabarnya sudah cukup kenyang menyamun harta rakyat. Dr. Mahathir yang menjadi pujaan orang-orang Umno tersenyum simpul sendirian menyaksikan kepandaian penyamun-penyamun ini kerana dia juga selamat dari serangan duduk dalam Mahligai berharga lebih seratus juta ringgit disebabkan dia kononnya sudah bergelar pemimpin dunia ketiga!

Di sana sini, rakyat masih lagi duduk dalam pondok yang setaraf dengan reban ayam dan sertinggan yang cukup menyedihkan. Apa khabar setinggan di Kampong Medan, Petaling Jaya?

(Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar masih boleh dipesan melalui e mail saya).

Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com