UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kenapa hanya pekerja Indonesia jadi sasaran?

Nampak senada Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan KSU Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Aseh Che Mat dalam menagani isu pekerja Indonesia di Malaysia.

Mereka mahu pekerja Indonesia dikurangkan dan dalam masa yang sama, Aseh mengeluarkan kenyataan, pekerja dari tujuh negara lain dibenarkan dibawa masuk ke negara ini.

Cuba bertanya kepada Dr. Mahathir berapa juta wang rakyat asing yang sudah dikutip oleh anaknya ketika mendapat monopoli "pemeriksaan kesihatan" pekerja asing ini? Apakah orang tidak tahu bahawa KDN hanya mengarahkan semua majikan menghantar pekerja-pekerja asing menjalani pemeriksaan kesihatan dari sebuah panel perubatan yang dipunyai oleh anak Dr. Mahathir?

Pak Lah juga jangan buat-buat tidak tahu, ramai kaki-kakinya yang berjaya membawa masuk pekerja Bangladesh dengan komisen yang bukan kecil. Semua wang ini mahu digunakan sebagai persiapan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Dato' Yusof Kasim, Ketua Umno Bahagian Batu Gajah tentunya boleh menjawab berapa juta komisen membawa pendatang ini dikutipnya selain beberapa orang lain yang dikatakan rapat dengan Pak Lah.

Aseh pula dikenali sebagai Menteri Dalam Negeri (2) kerana dia terlalu berkuasa jika dibandingkan dengan Pak Lah. Ramai Pegawai-pegawai KDN yang turut berniaga buruh asing termasuk bekas KSU yang lalu, kaya raya disebabkan komisen membawa buruh asing.

Bertanyalah sesiapa sahaja yang sering berurusan dengan KDN, tentunya tahu betapa berkuasanya Aseh dan anak-anak buahnya di KDN dalam soal-soal membawa buruh asing ke Malaysia. Jika ada syarikat yang memohon untuk mendapatkan borang buruh asing ini, kakitangan di KDN akan menjawab, "sudah tutup" dan dalam masa yang sama, mereka menjalankan perniagaan bersama-sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Zainal Abidin Zin.

Hari ini, selepas mereka semua kenyang dengan wang "buruh-buruh asing ini", mereka cuba menamatkan kontrak buruh-buruh Indonesia lebih awal supaya dapat berniaga lagi dengan janji pendapatan yang lebih lumayan.

Bagaimana dengan Mamak di Malaysia? Bagaimana dengan Negro, Myammar, China, India, Thailand, Pakistan dan lain-lain. Sekali sambung Visa (untuk tiga atau enam bulan) berapa Rosli Malik (dulu PRO Imigresen kini SUS Pak Lah) dapat?

Apakah Othman Desa, Mhdir Khalid dan Ramzi Ab Rahman tidak dapat apa-apa ketika rancak buruh Bangladesh masuk ke Malaysia? Apakah BPR tidak nampak apa-apa berlaku di Imigresen, KDN dan tindak-tanduk beberapa setiausaha menteri dan setiausaha timbalan menteri ini? Siapa kawan-kawan mereka? Di mana mereka makan malam dan dengan siapa mereka ke luar negara?

Cukuplah! Jangan anggap buruh-buruh ini sebagai haiwan yang boleh dijual beli. Bertindaklah sebagai manusia (insan) yang berkhidmat kerana agama, bangsa dan negara. Cuba bertanya kepada Tan Sri Megat Junid, berapa banyak anak-anak dan isterinya kutip ketika membuat "pemutihan" buruh Indonesia dahulu? Diberikan amanah mereka khianati dan tunggulah masa untuk mereka musnah.

Rakyat perlu bertindak dengan menggunakan kuasa yang ada menolak kerajaan dan pemerintah yang "diberikan amanah tetapi khianat".

(Dapatkan buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar dengan harga RM10)

Ummu Natasya 2002
ummu_natasya@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com