UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




NASIB RAKYAT TIDAK TERBELA DAN MEMOHON SIMPATI MENTERI BESAR.

Assalamualaikum w.b.t

Saya memohon agar article saya ini disiarkan oleh web master.

Tujuan saya menulis surat ini kepada laman web tranungkite ialah bukannya saya nak memalukan sesiapa lebih-lebih lagi Tuan Guru Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan. Tujuan saya menulis surat ini ialah ingin memohon rasa simpati kerajaan negeri agar nasib rakyat negeri terbela. Walaupun ianya tidak sempurna tetapi biarlah sekadar yang termampu setimpal dengan apa kemampuan kerajaan negeri. Setelah berbagai perbincangan dibuat malangnya tidak berhasil. Jadi terpaksa saya ikut jalan ini dengan menyiarkan dalam internet.

Saya ialah Rakyat di Kawasan DUN Banggol Judah dalam Parlimen Machang Kelantan rasa tidak begitu diambil berat wakil rakyat yang dilantik. Kampung saya iaitu Kampung Gutong, ulu sat Machang Kelantan begitu dhaif dari segi infrasturktur terutamanya jalan raya. Perkara ini berlarutan sejak 12 tahun lalu. Iaitu sejak zaman Barisan Nasional memerintah kelantan lagi. Sekarang ini sudah hampir 12 tahun kerajaan PAS menang di Kelantan namun ianya tetap sama. Bermula zaman YB Ustaz Yahya Othman dan sehinggalah zaman YB Cikgu Zakariya keadaan jalan tetap sama berlubang sana sini dan ianya bertambah teruk apabila banjir besar melanda baru-baru ini. Saya bukannya persoalkan apa yang berlaku waktu banjir baru ini tetapi 10 tahun sebelum banjir pun dah tak terbela. Keadaan ini amat memalukan apabila ada kenduri kendara apabila orang luar dari Kelantan datang bertandang ke kampung dan bertanya macam ini kah nasib rakyat yang dipimpin oleh PAS?? Perkara ini amat memalukan saya dan orang kampung serta menjatuhkan imej kerajaan negeri pimpinan PAS. Keadaan ini amat menyukarkan budak-budak sekolah yang ingin ke sekolah apabila berlaku hujan. Apa yang kami rasa terhina ialah kenapa kampung kami selalu terlepas dari peruntukan infrastruktur terutamannya jalan raya?? Perkara ini bukannya saya tak bawa berjumpa wakil rakyat. Semuanya sudah dibuat namun tetap tidak berhasil. Kami merasa cemburu dengan DUN bersebelahan dengan kami iaitu DUN Kemuning dalam Parlimen Machang juga. Jalan dikampung sekarang ini telah diturap dengan Tar. Bukannya selepas banjir melanda malah sebelum banjir melanda baru ni pun jalan sudah di baiki. Tetapi kampung kami sudah 12 tahun tidak ada apa-apa perubahan.

Justeru itu saya memohon jasa baik pihak-pihak yang berwajib agar mengambil tindakan dengan segera. Jangan tunggu pilihanraya 2004 baru nak buat. Kami tidak memohon tanah dan harta-harta yang lain tetapi apa yang kami minta ialah jalan raya yang sempurna demi kemudahan orang-orang kampung dan anak-anak nak ke sekolah.

Sekian terimakasih.

nh_6@hotmail.com
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com