UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Karaoke, Dadah vs Ectascy

Cerita yang nak saya bawakan ni tentang bagaimana ahli politik umno tak mengambil pusing tentang masalah racing haram dan dadah anak Melayu dibandingkan masalah Estascy orang cina.

Sungguh sedih melihatkan anak Melayu di Felda Jelai, Gemas. Saya lihat salah satu aktiviti yang sangat disukai ialah Karaoke. Ada satu hari saya hadiri majlis tahlil arwah seorang keluarga. Selepas habis tahlil, sekumpulan orang dewasa berkumpul di hadapan rumah dan berkaraoke. Saya tanya kenapa berkaraoke pulak lepas tahlil... jawapannya kalau tak ada karaoke tak ada orang datang. Yang berkaraoke tu pulak orang dewasa, umur sekitar empat puluhan. Anak-anak muda pula ramai yang terlibat dengan dadah dan racing haram. Raya lepas seorang anak muda mati kerana racing haram, yang melihat tempat kejadian ada benda putih(mungkin otak) dan ketulan darah di jalan raya.Saya diberitahu salah satu cara untuk menunjuk keberanian ialah racing memakai selipar dan membuka brek motor. Sungguh murah nyawa mereka ni.

Terbaru saya dengar seorang anak muda hilang, bila di report ke Polis, dia kata mungkin terjebak dengan kawan penagih dadah. Disyaki juga hilang di Felda Palong. Di sana di katakan ramai anak muda di bawa ke dalam ladang kelapa sawit, kadang kadang secara paksa dan di "inject" dadah kalau melawan. Polis di katakan tak dapat berbuat apa-apa kerana kumpulan ini pandai melarikan diri. Cerita seperti begini banyak berlaku di Felda-felda, apa yang ahli politik pemerintah lakukan ? TAKDE. Kalau bab estascy kecoh macam nak rak... Apa kita nak buat ? Pakat pangkah BA

orang kampung






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com