UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mahathir lebih besar dari Agong - APA PERLUNYA AGONG?

Assalamu'alaikum,

Saya ingin menarik perhatian semua rakyat. Sekiranya anda ada membaca surat khabar bahasa Melayu pada 29@30@31 Dis 2001 lepas, diberitakan bahawa sebanyak lebih dari RM29 juta dibelanjakan untuk mengindahkan Port Dickson. Adakah sebenarnya untuk mengindahkan Port Dickson dan memakmurkannya? Ya...TAPI UNTUK APA???

Jika anda ke Port Dickson ketika ini, memang keadaan di sini sedang berkelipan dan cantik. Sebabnya.............Mahathir buat pertama kalinya memberi Watikah Perlantikan RAMD yang tamat latihan pada 31 Disember lalu.

Apa yang peliknya?

1. Mahathir bukan Field Marshall. Mahathir bukan any rank in Army. Mahathir dapat Green Beret atas anugerah, bukan kelayakan. Macam orang dapat gelaran Profesor Kehormat. Tapi BUKAN PROFESOR!. Mahathir first time datang PD untuk bagi Watikah Tamat Latihan, layanan diterima melebihi DYM Seri Paduka Baginda YDP Agong.

2. Yang Di Pertuan Agong, setiap tahun, sebagai Field Marshall, datang ke Port Dickson untuk menunaikan tanggungjawab military, memberi watikah perlantikan ATM. Jika bukan DYM, maka Sultan yang memegang teraju Field Marshall ATM yang melaksanakannya. Sepanjang tempoh itu sehingga si Mahathir ni, tak pernah ada lampu ala bunga api di pasang di setiap simpang utama di PD. Tak pernah ada dua KEPALA KERETAPI ANTIK + GERABAK YANG DIHIAS CANTIK di letak di bangunan kuarters Bt. 4. Tak pernah ada.....tak ke pelik?

3. Sebelum ni, setiap kali tamat latihan, tak ada latihan menembak meriam pada waktu malam. Kalau ada pun, macam meriam masuk air. Sebelum si Mahathir tu datang, ber das-das bunyi meriam, panaskan laras. Kami yang sedang sembahyang isyak, terkejut-kejut.

Kat sini dah nampak, YDP Agong bukan lagi Ketua Negara. Agong bukan lagi Ketua Turus tertinggi ATM. Agong bukan lagi orang yang layak bagi watikah perlantikan. Agong cuma duduk istana diam-diam, sain itu, sain ini. Cukup masa, pergi lawat negara luar. Urusan ketenteraan sekarang ni, si Mahathir dah ambik alih. Pecacai dalam ATM yang sapu punggung Mahathir pun dah mula banyak. Esp. yang duduk kat paku atas. Sejak 99 lagi Mahathir dah pakai Risik 7, sekarang jangan kata Risik, MP pun dia boleh sapu. YDP Agong boleh kata apa sekarang ni? Tak ada.........dah lah takde kuasa. Ambik gambar perlantikan, pegang keris, pakai baju kaler kuning, esok gambar gantung kat dinding. Itu je la yang ada pada sistem Monarki Malaysia ni. Memang namanya, jadi SIMBOL. Kami sedih. Ketuanan Melayu beraja dah ditukar dengan Kehambaan Melayu berMahathir. Raja kami jadi puppet, macam Sesame Street kalau bukan Teletubbies. Kami inginkan Raja yang adil, Raja yang memerintah. Bukan Raja kena perintah, raja kena jadi hamba. Kalau jadi begini, takde raja pun takpe. Biar anak Melayu berjuang untuk bangsa Melayu demi keadilan, biar Islam berkembang dengan Khalifah, bukan dengan sekular Mahathir bersandarkan Genting dan Magnum dan ngaku negara Islam.

Tuk Ompek - geli dengan kaki ampu Mahathir ni.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com