KETIKA Timur Tengah menikmati peningkatan ekonomi hasil dari perdagangan
minyak pada tahun-tahun 1970-an, Muhammad bin Laden berhijrah dari Yaman
dan bermastautin di Saudi Arabia. Beliau memulakan sebuah perniagaan yang
kemudiannya menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar
di Timur Tengah, Bin Laden Corporation.
Syarikat ini terbabit dengan pembinaan jalanraya, bangunan, masjid,
lapangan terbang dan lain-lain prasarana di kebanyakan negara-negara Timur
Tengah. Osama adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Sebagai seorang anak
muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan
penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram
dan Masjid An-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang
mendalam kepada beliau.
Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran di
Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam
bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki
Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonan bantuan
antarabangsa. Osama bin Laden menyahut seruan itu dengan menghantar
dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke
Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat
Islam yang lemah menghadapi 'kuasa-besar' abad ke-20.
"Di dalam agama kita terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada
mereka yang menyertai jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah
seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa."
Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbangan sokongan. Beliau
merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang
mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka.
Kemudiannya beliau juga telah merekabentuk terowong-terowong pertahanan
dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak,
menghadapi risiko tembakan-tembakan helikopter Sovier.
Tidak lama kemudiaan, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan
menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa dozen
pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah
bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan. Kepada para
Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa
pihak Russia boleh dikalahkan.
Setahun kemudian, Bin Laden memimpin satu serangan ke atas tentera Soviet
di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat menyebabkan
ramai dari para Mujahideen gugur syahid. Walau bagaimanpun Osama dan para
Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet keluar dari
kawasan tersebut dengan pertolongan Allah s.w.t.
"Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa di barisan
hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed, seorang pejuang
Palestin yang menyertai jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah
sebuah projek pembinaan Bin Laden di Sudan.
"Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau tetapi beliau juga memberikan
diri beliau. Beliau datang dari istana untuk tinggal bersama-sama dengan
orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau masak dengan mereka,
makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Itulah cara Bin
Laden." Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi pada sekitar
1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan Osama kontrak untuk membesarkan
Masjid Rasulullah s.a.w. di Madinah.
Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau.
Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk
mengalih perhatian beliau dari jihad di Afghanistan kepada pembinaan
masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan
perniagaan beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang
beliau belanjakan untuk jihad. Bin Laden pulang ke tanahair dan disambut
sebagi kenamaan.
Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan
kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut
sudahpun dikritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak
melaksanakan perundangan Islam. Semua ini juga ditentang oleh Bin Laden.
Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke Saudi
ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaaan dengan terbuka.
Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam
lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar 'Arab
Afghan' dari pelbagai negara mengikuti beliau ke Sudan dan bekerja di
syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan
dengan membina prasarana.
Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan
beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk kepala
beliau. Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih
besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah
dilakukan di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun
mengalami kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun,
membiayai jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistaan, Bosnia,
Yaman, Chechnya dan lain-lain tempat sehinggalah kerajaan Sudan mengusir
beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau membiyai
gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen) di seluruh
dunia.
Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliaulah
yang dianggap 'U.S. State Department' sebagai "seorang daripada penaja
kewangan utama gerakan extrimis Islam di dunia kini." Ataupun seperti mana
yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah 'ikan
besar' kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh.
Menurut pegawai ini, "Bin Laden adalah orang yang boleh pergi menemui
seseorang dan berkata, "Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka," dan beliau
akan mendapat cek tersebut serta merta.
Pada musim panas 1996, Bin Laden berpindah dari Sudan ke Afghanistan.
Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen
seluruh dunia. Selepas kedaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas
penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas
kekayaan negara tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3
bumi suci, Bin Ladin membuat keputusan untuk bertindak.
Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama, dokumen
berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang"
oleh Osama bin Muhammad bin Laden. Kenyataan ini memberikan amaran
terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci umat
Islam atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda yang
sama dengan bantuan Allah s.w.t yang telah mengalahkan kuasa kuffar
terbesar di dunia, di Afghanistan. "Umat Islam terbakar dengar kemarahan
kepada Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan Saudi
Arabia-bumi tanah haram" - Osama bin Laden.
Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi
oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada jihad sehingga menjadi
lebih manis daripada kehidupan mewah dengan $300 juta? Masihkah kita
sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah juga Rasul-Nya?
Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah
kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati, Mati yang hanya sekali
itu...Untuk siapakah mati kita?