UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Apakah BN seperti cacing kepanasan di IK?

Saya berada jauh dari IK,jadi tidak tahu apa sebenarnya yang belaku di sana.Saya tidak tahu kedudukan sebenar sama ada BN memang kuat atau BN sedang seperti cacing kepanasan,tapi jika di amat-amati saya lebih cenderung mengagak bahawa BN bukanlah berada di dalam kedudukan selesa.Kalau tidak masakan mereka mahu menggadai maruah dengan bertindak seperti samseng dan sanggup melanggan pelacur politik(ahli Keadilan yg tidak berprinsip),apatah lagi di dalam suasana dimana kedudukan Presiden BN-Mahathir Mohammad dikatakan berada didalam keadaan mantap dan kian di hurmati di dalam dan di luar negara.Tak tahulah kalau juak-juak BN di IK sana,langsung tidak memahami erti maruah dan sedikit pun tidak menghurmati Mahathir.

Kalau saya jadi Mahathir ,saya akan merasa amat malu dan keciwa dengan gelagat pengikut saya di IK.Saya lebih rela kehilangan satu kerusi di Ik daripada mendedahkan diri saya dan BN dari dianggap sebagai ketua samseng oleh rakyat di seluruh negara.Walau pun rakyat Malaysia tidak suka Taliban,tapi mereka lebih benci kepada Pakatan Utara yang kini di anggap sebagai Kembar Siam Umno dan BN pula.

Apabenarlah hendak di gembirakan dengan kejayaan meraih seratus dua ratus pelacur politk bekas ahli Keadilan tersebut,berbanding dengan senyum sinis rakyat Malaysia yang melihat lakunan ualngtayang'siri kejayaan' yg tidak berkesudahan begitu.Rakyat memang sudah arif itu semua lakunan,tapi rakyat hanya tidak dapat mengagak jumlah sebenar RM yang di taburkan kepada para pelakun murahan yang bertaraf pelacur tersebut.

Kalau BN benar-benar menang pun menangnya sudah tidak bermakna lagi,kerana kerana ianya di raih secara jijik,kotor dan korup.Apatah lagi kalau BN kalah,atau berkurangan mejority,maknanya lubang kubur BN sudah cukup dalamnya,hanya menunggu masa utk mayat BN di kambus.Lungkup BN.

Parang tajam






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com