UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Solat Raya Aidil Fitri di Padang.

PARIT BUNTAR, 1 Syawal (PASPB) - Ahli dan penyokong PAS di sekitar Tanjung Piandang dekat sini telah melakukan suatu kelainan Aidil Fitri ini. Buat pertama kalinya mereka melakukan sembahyang Raya di padang. Solat yang bermula jam 8.30 pagi itu telak diadakan di kawasan lapang di perkarangan Markaz PAS Tanjong Piandang.

Khutbah raya telah disampaikan oleh Ustaz Khalil Idham Lim yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar. Dalam Khutbahnya beliau mengajak para jemaah menilai kembali kesan ibadah berpuasa sebulan Ramadhan.

Bagi beliau kejayaan Ramadhan boleh diukur melalui tahap kefahaman kebendaan. Beliau mengingatkan tentang ciri-ciri orang Yahudi dan Nasrani yang mementingkan kebendaan sehingga sanggup meninggalkan agama kerananya. Malangnya kata beliau, umat Islam sekarang juga memiliki ciri-ciri tersebut yang sepatutnya dikikis dari jiwa setiap orang Islam.

Lebih 300 orang telah turut sama menyertai solat Aidil Fitri itu. Pengerusi Markas tersebut, En. Jamaluddin Abdul Rahman ketika ditanya melahirkan keyakinan lebih ramai akan menyertai program seperti itu yang akan terus dilakukan di masa depan.

Beliau yang juga AJK PAS kawasan merasakan agak sukar untuk mengubah persepsi masyarakat dalam masa yang singkat. Sebenarnya kata beliau adalah lebih aula' solat Hari Raya dilakukan di padang berbanding di masjid kerana Nabi Muhammad sendiri melakukannya di padang.

Program ini dirasakan telah dilakukan tepat pada masanya memandangkan UMNO melalui majlis Agama Islam negeri telah merampas hak ahli kariah ke atas Masjid. Ahli kariah tidak lagi berhak untuk melantik AJK masjid sebaliknya perlantikan tersebut dilakukan sendiri oleh pihak Majlis Agama.

Walau bagaimanapun rata-rata ahli kariah tidak yakin senarai AJK yang baru dipilih oleh Majlis Agama kerana hampir semuanya adalah orang kuat UMNO termasuk mereka juga yang amat jarang hadir ke masjid melainkan untuk Sembahyang Jumaat. Tambahan pula hampir semua AJK lama yang menyokong pembangkang telah tidak dilantik semula walaupun mesyuarat agong masjid telah memilih mereka.

Solat Hari Raya di padang seperti ini adalah kali pertama dilakukan dalam daerah Kerian. Umat Islam sekitar Tanjong Piandang patut berbangga kerana mereka dapat memulakan satu sunnah di Daerah Kerian. Moga-moga ianya akan turut diadakan di lain-lain tempat di masa-masa akan datang.

link : http://paritbuntar.parti-pas.org/






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com