UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




YB. Azhar Sharin menyampaikan khutbah Aidil Fitri.

PARIT BUNTAR, 1 Syawal (PASPB) - Aidil Fitri adalah hari kemenangan orang Islam yang seharusnya dirayakan dengan kegembiraan tetapi janganlah pula kita lupa disana masih ada umat Islam yang ditindas yang tidak dapat meraikan hari kebesaran ini.

Rata-rata mereka hidup gharib, mereka ditindas, dihina, diinjak dan diperlakukan seperti binatang tanpa terdetik rasa peri kemanusiaan seperti di Algeria, Iraq, Palestin, Afghanistan dan sebagainya.

Umat Islam menjadi hidangan yang lazat bagi mereka yang sangat lapar. Musuh- musuh Islam yang berselindung disebalik apa sahaja selogan, nama atau label bersatu menghadapi umat Islam. Lebih malang terdapat orang Islam sendiri yang sanggup bersekongkol dengan orang-orang kafir dan Yahudi dalam memadamkan kalimah jihad didalam setiap misi mereka.

Pejuang-pejuang Islam dilabel sebagai pengganas, penjenayah, penentang kemajuan, ketinggalan zaman dan sebagainya. Cabaran untuk pejuang Islam amatlah hebat terutamama di dalam era globalisasi dan langit terbuka sekarang

Ingatan tersebut diberikan oleh YB. Ahmad Azhar di dalam khutbah Eidul Fitri yang beliau sampaikan di Surau Tuan Syed Ali, Jalan Terusan dekat sini pada 1 Syawal yang lalu.

Beliau menggesa agar seluruh umat Islam menjadikan Islam sebagai penyelesaian dengan penuh keyakinan dan tanpa rasa takut. Umat Islam mesti bangun dari kelalaian dan berusaha menjalankan amanah sebagai khalifah dibumi terutama sekali sebagai seorang muslim.

Setelah selesai mengerjakan solat Aidil Fitri, Ahmad Azhar yang juga ADUN Titi Serong telah meluangkan masa untuk beramah mesra dengan ahli jemaah sambil menjamu selera dengan juadah hari raya yang dibawa oleh ahli kariah.

Rata-rata ahli kariah surau tersebut amat berbangga dan berterima kasih kerana wakil rakyat sudi meluangkan masa berhari raya bersama mereka.

link : http://paritbuntar.parti-pas.org/






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com