UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




ISU NUTP

Saya ingin merujuk kepada isu dakwaan NUTP melalui setiausaha agungnya Datuk N. Siva Subramaniam tentang berlakunya pemisahan ras di kalangan pelajar di sebahagian sekolah menengah dan rendah di seluroh tanah air. Pendedahan berani ini telah memberi implikasi yang besar kepada proses integrasi nasional yang menjadi asas kepada perpaduan kebangsaan di Malaysia.

Kenyataan kontroversial NUTP ini boleh dilihat dalam berbagai dimensi yang bersifat introspektif dan retrospektif. Dimensi ini diwarnai pula dengan rencah rencah politik yang masing masing cuba memenangi diri untuk muncul sebagai wira dalam isu ini.

Saya ingin melihat isu ini dengan penuh ketelitian dan mengambil sikap licik secara bertanggungjawab(being shrewd with utmost responsibility for being so) sebelum membuat apa apa rumusan.

Pertama dari sudut waktu dan ketika kenyataan ini dikeluarkan mengundang persoalan. Persoalan awal ialah tentang isu sekolah wawasan baru baru ini yang mencetuskan kebimbangan kaum bagi mereka yang menentang. Bagi pejuang sekolah wawasan ianya adalah satu usaha murni untuk integrasi dan sekolah sekolah jenis kebangsaan yang ada dikatakan menyumbang gap yang lebih besar diantara kaum. Pada waktu yang sama isu kouta di universiti juga menyentuh tentang keadilan pembahagian pendidikan dalam konteks perkauman. Apa yang Datuk N. Siva cetuskan sebenarnya adalah pengkayaan dari isu yang sama iaitu "masalah pendidikan dalam mencapai aspirasi integrasi kaum"

Kedua , PM Datuk Seri Doktor Mahathir dalam banyak kenyataan politiknya membayangkan hasrat bersikap lebih liberal dalam peruntukan istimewa kepada kaum Melayu dalam konteks pendidikan , bahkan PM telah melontarkan hasrat menghapuskan sistem kuota di universiti awam. Walaupun golongan nasionalis sempit yang bernaung di bawah parti saperti UMNO agak terkejut dengan kenyataan itu , mereka tidak sedar bahawa dengan dasar Liberalisasi Pendidikan yang diluluskan dalam akta pendidikan oleh Parlimen sebelum ini , kuota orang Melayu di universiti swasta tidak lagi menjadi pertimbangan lagi kerana sifat komersialnya menjadikan kemampuan kewangan sebagai perkiraan utama dan dalam banyak hal orang Melayu agak ketinggalan dalam bab ini. PM sebenarnya tersempit antara mahu melonjakkan mentaliti hak istimewa orang Melayu dengan mahu terus kekal hak istimewa sebagai agenda perjuangan parti yang didokonginya iaitu UMNO.

Ketiga , UMNO sebagai tulang belakang BN telah kehilangan sokongan orang Melayu dalam pilihanraya baru baru ini iaitu 36% sahaja orang Melayu yang mengundinya. Survival undi UMNO banyak bergantong kepada kaum bukan Melayu khususnya pengundi Cina. Nada dan lenggok politik UMNO mesti dikendurkan dengan harapan pengundi Cina terus memberi kepercayaan kepada calon UMNO dalam pilihanraya.

Keempat , faktor Keadilan dan PAS sebagai alternatif kepada BN menyebabkan PM mahu mengikat kedua kedua parti ini dengan kenyataan kenyataan yang "dead lock" kunci mati. PAS diharapkan jadi bingung untuk menyokong atau sebaliknya kenyataan kenyataan perkauman ini kerana dianggap akan merugikan undinya , begitu juga Keadilan. Dengan kata lain PM mahu mengajak PAS dan Keadilan "bermain" sama dan tanpa disedari menyumbat gol sendiri untuk memberi kemenangan mudah kepada team BN.

Keempat empat perkiraan tadi memberikan kita petunjuk petunjuk kepada arah politik negara dan masa depannya.

1. Sistem pendidikan yang ada hari ini gagal menyumbang kepada integrasi nasional. Walaupun ada pencapaian tetapi ianya tidak boleh dibanggakan kerana sentimen perkauman sempit masih menjadi agenda asas perjuangan parti parti yang berteraskan perkauman saperti MIC , MCA dan UMNO.

2. UMNO akan hilang taringnya kerana asakan kepada program integrasi yang lebih intensif terpaksa mengorbankan aspirasi perkauman yang menjadi tulang belakang parti parti politik Malaysia. MIC semakin hilang kredibilitinya kerana gagal meningkatkan taraf hidup orang India. Manakala MCA akan berterusan bercakaran dalam kepimpinannya yang akan menyebabkan lompang (vacum) di peringkat grassrootnya. Nasib Gerakan ,PPP dll parti serpihan yang mendokong BN adalah lebih baik tetapi sayang mereka bukanlah key player dan mereka sudah kehilangan sokongan dari generasi baru , mereka akan pupus dengan pupusnya masa.

3. PAS , Keadilan dan PRM dalam barisan alternatif harus bertindak bijak mentelah wajah baru negara. BA harus lebih berani memecahkan tembok perkauman ini. Kelebihan BA ialah , ia bukan Barisan yang melihat kepentingan kaum masing masing saperti BN ia melihat kepentingan semua kaum dari perasaan yang sama yang telah menyatukan mereka untuk memperjuangkan gagasan yang lebih universal iaitu Keadilan , Kesaksamaan dan Kebenaran. Khusus bagi PAS , ia mesti menterjemahkan idealism Islamnya yang tidak mengenali batasan kaum dengan program yang lebih berani dan kenyataan yang lebih ikhlas melalui pandangan yang jauh dari kesempitan fiqah tradisional kepada fiqah kontemporari

4. Isu ini akan mendedahkan tahap pemikiran pemimpin tertinggi BN dari UMNO , MCA dan MIC yang cetek dan ketinggalan zaman serta tidak matang dalam menangani masalah. Mereka lebih simple minded dari apa yang difikirkan oleh orang ramai. Mereka lebih kurang bijak dari apa yang dianggap oleh orang ramai. Kecacatan ini menyebabkan penyokongnya hilang kepercayaan lalu beralih kepada pemimpin muda , baru dan lebih berdinamik dari kepimpinan BA.

Akhirnya tanggapan yang paling ekstrim kepada semua isu ini ialah , ianya merupakan perancangan rapi PM untuk memecahkan mentaliti orang Melayu dan melakukan lonjakan dengan secara sequence (berturutan) supaya akhirnya hak keistemewaan betul betul dihapuskan. Adakah ini tindakan yang bijak? Rasanya kita mesti sekali lagi bersikap "shrewd with utmost responsibility" untuk membuat rumusan.

Mujahid Haji Yusof Rawa
Exco pemuda PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Melaka






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com