UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Komen mengenai Secular Front

Saya merujuk kepada kenyataan Karpal Singh yang disiarkan dalam media dua hari lepas yang membayangkan penolakannya untuk memikirkankan semula pakatan BA yang telah ditinggalkan oleh DAP. Apa yang pelik dalam kenyataan beliau ialah tuduhannya kepada PAS bahawa PAS adalah parti ekstreem yang menyokong Taliban dan meneruskan cita citanya menubuhkan Negara Islam.

Sebagai seorang ahli politik veteran , Karpal sepatutnya lebih matang dalam membuat sesuatu rumusan. Datuk Fadhil Nor , Presiden PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Taliban , begitu juga pemimpin tertinggi PAS yang lain. Apa yang yang PAS sokong ialah simpati penderitaan yang dialami oleh rakyat Afghan yang tidak berdosa menjadi pelarian perang. Adapun salahfaham (samada sengaja atau tidak) Karpal Singh kepada kenyataan jihad yang ditafsirkan sebagai menyokong Taliban adalah satu rumusan yang dengkil oleh beliau.

Jihad dalam Islam mempunyai kategori antaranya ialah Jihad lawan hawa nafsu , jihad melawan syaitan yang menggoda manusia , jihad berhujjah dengan mereka yang cuba meragui Islam , jihad menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan ada juga jihad bertempur atau berperang kerana mempertahankan bumi dari diceroboh , memelihara harga diri, keluarga dari dicabuli serta mempertahankan hak harta benda dan agama. Semua itu adalah terkandong dalam makna jihad.

Apabila bumi orang Islam Afghan dicerobohi begitu rupa oleh musuh yang menjadikan Osama sebagai umpan dengan membunuh umat Islam yang lemah dan tidak terdaya , maka apakah salah pemimpin PAS menyeru kepada umat Islam Afghan mempertahankan tanahair dan agama mereka? Kepada umat Islam Malaysia PAS meminta mereka berjihad dalam konteks memberi bantuan wang ringgit dan bantuan kemanusiaan yang lain bukan berjihad dengan makna sempit Karpal yang mengatakan menyokong Taliban!

Saya juga merujuk kepada "secular front" yang disebut oleh Lim Kit Siang dalam dialognya dengan pelajar di London dengan mengajak PRM dan Keadilan untuk ikut serta. Kebimbangan yang tidak berasas oleh Lim kepada isu Islam dan kenegeraan menggolongkan Lim sebagai mangsa "Islamiphobia" yang melanda dunia Barat. Lim terus menerus menjadikan alasan pengundi sebagai sebab asas mengapa Islamic trend mesti ditolak. Sabenarnya Lim yang telah lama memimpin DAP itu menelanjangkan kelemahan DAP kerana gagal membuat penjelasan sebenarnya kepada isu isu politik tanahair yang lebih urgent bukan sangat isu negara Islam yang dimake beleivekan oleh BN sebagai satu masalah.

Islamic State or Secular State bukanlah masalah DAP atau PAS , masalahnya ialah hak rakyat untuk memutuskan apakah bentuk masadepan negara mereka. PAS sendiri tidak mugkin dengan sewenang wenangnya mengubah status sesebuah negara dengan sekelip mata(sebagaimana magic trick yang dibuat oleh Mahathir) apatah lagi hambatan keperlembagaan dan hak asasi manusia menjadi pertaruhan politiknya. Janganlah hendaknya DAP terlalu sekular sehingga nanti layaklah DAP digelar sebagai parti militan sekular yang ekstrim yang menentang apa sahaja pengertian agama sebagai cara hidup(way of life).

Kalau begitu bukan sahaja PAS akan marah, persatuan Kristian , Budhha dan Hindu juga akan turut sama menentang hasrat DAP. Kalau di Afghan ada anti Taliban mungkin di Malaysia nanti akan ada pakatan anti DAP yang militan sekularnya. Akhirnya DAP juga rugi , PAS yang dimusuhinya rupa rupanya mengundang ramai lagi musuh yang tidak ada kena mengena langsong dengan Islamic trend dan berita buruk bagi DAP ialah apabila pengundi yang dikhuatiri akan lari kerana kebersamaannya dengan the so called Islamic militant akan lari terus dari DAP walaupun scape goatnya (PAS) tidak lagi bersamanya. Bagi PAS pula , saya sendiri tidak dapat menjangka apakah nasibnya lebih baik atau lebih buruk dari DAP. Seorang ahli falsafah Cina ada menyatakan "Yang tidak baik itu jangan disangka buruk , mungkin ia akan menjadi sesuatu yang terbaik untuk anda"

Mujahid Haji Yusof Rawa
Exco pemuda PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Melaka






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com