UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




MENDESAK BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) MENYEGERAKAN SIASATAN


MEMORANDUM KEPADA

BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR)




Y. Bhg. Dato' Zulkipli bin Mat Noor
Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah,
Ibu Pejabat BPR,
Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Peti Surat 6000,
62502 Putrajaya, Malaysia.

TUNTUTAN KAMI:

MENDESAK BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) MENYEGERAKAN SIASATAN KES ADUAN RASUAH KE ATAS Y.A.B. DATO’ SERI DR. MOHD. KHIR B. TOYO.


OLEH

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


PADA
4 Januari 2002
19 Syawal 1422



1.0 PENGENALAN

Pada 23 Oktober 2001, satu aduan rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo telah dibuat di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Putrajaya.

Aduan itu kemudiannya diulangi semula oleh pengadu pada 9 November 2001, ekoran kenyataan sumber BPR yang disiarkan akhbar pada 4 November, mendakwa ia bukannya `aduan rasmi' tetapi hanya berbentuk maklumat. Keterangan lanjut berkenaan aduan rasuah tersebut juga telah dibuat oleh pengadu di Pejabat BPR Selangor, Shah Alam.

Pada 4 Disember 2001, sekali lagi pengadu bertemu dengan pegawai di Ibu Pejabat BPR bagi menyerah bukti baru berkaitan aduan rasuah yang dibuat sebelumnya. Aduan keempat ke atas dakwaan rasuah YAB Menteri Besar Selangor dibuat pada 26 Disember 2001 berhubung pembelian tanah lot banglo di Bandar Baru Bangi.

Kesemua empat aduan tersebut membabitkan kes rasuah dan salahguna kuasa YAB Dr. Mohd. Khir Toyo. Diantaranya adalah:

1) Projek Jalan Cross Ban 4 (B44), bernilai RM92.5 juta, sepanjang 20.5 km di Sekinchan yang dianugerahkan kepada sebuah kontraktor yang bermasalah, Meram Holdings Sdn Bhd.

2) Kelulusan permohonan tanah di Shah Alam dan Kuala Langat, pada 20 November 2000 dan 4 Julai 2001, kepada syarikat yang dipertikaikan, terutama kepada empat syarikat yang pengarahnya baru berumur 20 tahun. Tiga dari empat pengarah muda itu hanya dilantik menjadi pengarah syarikat, tidak sampai pun 40 hari sebelum mereka bertiga diluluskan 50 ekar tanah di Kuala Langat.

3) Penyalahgunaan kuasa dan pengaruh YAB Menteri Besar sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam satu mesyuarat lembaga, untuk mendapatkan tanah, sehingga menyebabkan pengurusan PKNS membuat dua kali tawaran harga tanah tersebut kepadanya. Ini kerana YAB Menteri Besar tidak berpuas hati dengan tawaran harga yang pertama.


2.0 KENYATAAN BERCANGGAH

Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memandang berat terhadap semua aduan salahguna kuasa di atas yang melibatkan Menteri Besar Selangor yang belum pun tamat tempoh sepenggal diamanahkan untuk menerajui kepimpinan negeri ini.

Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga memandang berat terhadap beberapa insiden percanggahan fakta di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan bukti-bukti yang dikemukakan berkenaan aduan rasuah tersebut.

Sebagai contoh, pada 30 Oktober 2001, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, semasa membahaskan Belanjawan 2002 Negeri Selangor, telah membangkitkan isu berkaitan tanah PKNS itu.

Esoknya, pada 31 Oktober, YAB Dr. Mohd Khir Toyo semasa menggulung perbahasan Belanjawan itu, menolak dakwaan berkenaan. Walaupun mengaku beliau ada ditawarkan tanah milik PKNS tetapi kedua-dua tawaran yang dibuat itu, menurut Dr Khir, adalah dengan harga yang sama. Beliau kemudiannya mendakwa menolak tawaran itu kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya. Bagaimanapun, tercatat dalam Borang Penerimaan Tawaran kepada Pengawal pembangunan, Jabatan Kemajuan Bangi, Kompleks PKNS Bangi, Tingkat 4&5, Persiaran Bangi, melalui tulisan tangan YAB Menteri Besar Selangor sendiri bahawa dia bersetuju menerima tawaran PKNS dengan menyertakan sekali bayaran RM23,168, dengan cek BCBB 394964. Khir menggunakan alamat B22, Jalan Jati, Taman Bukit, 43000 Kajang, Selangor, No KP: 650806-10-7697. Lagipun, YAB Dr. Mohd Khir Toyo langsung tidak membuat penafian tentang bukti baru ini. Soalnya, dari mana beliau mendapat wang sebanyak RM23,000.00 untuk membayar pendahuluan harga tanah itu dan difahamkan beliau sebenarnya sudahpun membayar semua harga tanah itu berjumlah RM231,683.00. Segala proses pembayaran YAB Dr. Mohd Khir Toyo boleh dirujuk kepada Surat Perjanjian Jual Beli (S&P) yang diuruskan oleh peguamnya: Ghazali Ariff & Partner, 7-1, Jalan 2/76C, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur. Percanggahan di atas membuktikan bahawa YAB Menteri Besar Selangor berkeupayaan dan sanggup berbohong walaupun di dalam Sidang DUN bagi melepaskan dirinya dari tuduhan rasuah dan salah guna kuasa tersebut. Kami bimbang, sikap ini pastinya akan menyukarkan proses penyiasatan pihak BPR terhadap beliau.


3.0 TUNTUTAN DAN DESAKAN KAMI

Maka dengan ini kami, Pemuda PAS Negeri Selangor mendesak pihak BPR:

1. Supaya menyegerakan siasatan ke atas aduan rasuah dan salahlaku melibatkan YAB Menteri Besar secara professional tanpa tunduk kepada sebarang tekanan politik mana-mana pihak.

2. Supaya menggunakan segala peruntukan kuasa BPR bagi menghalang segala percubaan untuk menggagalkan segala usaha penyiasatan termasuk gangguan siasatan samada terhadap pengadu, saksi, pegawai penyiasat, atau sesiapa sahaja. Langkah-langkah ini perlu diambil bagi mempastikan ketelusan dan kewibawaan siatan BPR benar-benar mencapai tahap professionalisme yang tinggi.

3. Supaya rakyat Negeri Selangor mendapat maklumat yang tepat, telus dan benar dari BPR sendiri berkenaan dakwaan rasuah dan salahlaku serta tindakan yang sedang diambil yang membabitkan YAB Menteri Besar Selangor.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,



(YB. SALLEHEN B. MUKHYI)
Ketua Dewan Pemuda PAS
Negeri Selangor Darul Ehsan.

4 Januari, 2002




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com