UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SHAHIDAN BERBOHONG - Lapan Yang Ditahan Bukan Petugas Pilihanraya PAS

Tuduhan Shahidan Kassim bahawa lapan pelajar yang ditangkap kerana menceroboh bilik gerakan pilihanraya kecil Indera Kayangan BN diperalatkan oleh pembangkang adalah melulu dan melampau. Agenda Daily yang melaporkan bahawa Shahidan turut memaafkan mereka menuduh bahawa kumpulan pelajar berkenaan diperalatkan oleh pembangkang yang tidak bertanggungjawab. Shahidan bukan sekadar mengeluarkan kenyataan melulu dan tidak berasas malah sebenarnya berbohong apabila cuba mengaitkan insiden itu dengan pembangkang.

Pemuda PAS menafikan bahawa kumpulan pelajar berkenaan adalah jentera pilihanraya PAS bahkan pelajar dari mana-mana institusi pengajian samada peringkat tinggi atau menengah tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan samada sebagai petugas atau jentera kempen untuk pilihanraya kecil ini. Jentera pembangkang khususnya PAS sebenarnya lebih dari mencukupi untuk menggerakkan semua aktiviti dan jentera pilihanrayanya.

Kumpulan lapan pelajar yang ditahan itu bukan petugas pilihanraya PAS. Oleh itu tidak timbul persoalan mereka diarah untuk menceroboh bilik gerakan BN. PAS akan sentiasa memastikan bahawa jenteranya adalah mereka yang dibenarkan oleh undang-undang untuk terlibat dalam pilihanraya kecil ini. BA akan menghadapi BN secara 'anak jantan' bukan seperti BN yang memperalatkan jentera kerajaan dan mengamalkan politik wang untuk mempertahankan kerusi mereka.

Lebih baik sekiranya Shahidan memantapkan jentera pilihanraya BN daripada berbohong kepada umum untuk menutup kelemahan dirinya. Jentera pilihanraya Shahidan kini dalam 'kepenatan' kerana mereka memulakan perlawanan sebelum wisel dibunyikan. BA masih steady dan bertenaga dan menunggu masa untuk melakukan pukulan maut kepada BN.

KETUA BILIK GERAKAN PEMUDA PAS






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com