UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bakal Haji Diraikan.

PARIT BUNTAR, 13 Jan 2001 (PASPB) - Hampir 200 orang bakal haji diraikan di satu majlis hari ini. Majlis tersebut yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Parit Buntar telah menjemput semua bakal-bakal haji yang tinggal di kawasan Parit Buntar untuk diraikan.

Majlis yang bermula jam 2.45 petang ini dimulakan dengan pembacaan Yaasin secara beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan, Ustaz Ghazali bin Haji Ahmad. Ustaz Ghazali juga adalah salah seorang yang akan berangkat ke Tanah Suci tahun ini.

Turut akan mengerjakan haji tahun ini dari kalangan pimpinan PAS kawasan adalah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Kadir Idris, Ustaz Ahmad Ismail (Bendahari) dan Ustaz Said Mokhtar (AJK). Mereka semua akan pergi dengan isteri masing-masing.

Majlis yang diadakan di Pejabat Pusat Khidmat, Jalan Sekolah ini juga telah mengundang YDP PAS Kawasan Kulim Bandar Baru, Ustaz Hassan Razak untuk memberikan sedikit taklimat. Beliau antara lain mengingatkan semua bakal haji agar banyak bersabar semasa di sana.

Ini kata beliau amat bersesuaian kenapa Allah jadikan bulan haji selepas bulan Ramadhan sebagai satu tarbiah menguji kesabaran untuk digunakan semasa mengerjakan haji. Beliau juga mengesa agar para jemaah bakal haji menggunakan sepenuhnya peluang untuk berjemaah di Masjidi Haram dan Masjid Nabawi. Jangan merasa cukup sekadar mengerjakannya di bilik hotel sahaja.

Pada penghujung majlis para bakal haji telah diberi saguhati berupa kain pelikat untuk yang lelaki dan kain batik untuk yang perempuan. Saguhati sumbangan PAS Kawasan itu disampaikan oleh ADUN Titi Serong, YB. Ahmad Azhar Sharin yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan.

Dalam ucapannya sebelum itu, YB. Azhar mewakili seluruh ahli PAS Parit Buntar berharap agar semua yang akan pergi mengerjakan haji tahun ini akan dapat mengerjakannya dengan sempurna dan kemudiannya pulang dengan selamat membawa 'haji mabrur'.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com