UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Surat kepada Presiden berkaitan isu PROPOGANDA KETERLALUAN TV3

No. 8 Jalan SS14/8H,
47500 Subang Jaya (0162715939)

Tarikh : 23 Syawal 1422

ASSALAMUALAIKUM WM. WB.

Kepada:

YB Dato’ Ustaz Hj. Fadzil Mohd Nor (Presiden PAS)
YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Setiausaha Agung PAS)
YB Ustaz Azizan Abdul Razak (Ketua Penerangan PAS Pusat)
YB Senator Ustaz Hassan Shukri (Pesuruhjaya PAS Selangor)

PROPOGANDA KETERLALUAN TV3

Berhubung perkara di atas pihak TV3 kini sedang menyiarkan dari masa ke semasa khusus pada “prime time” nya propoganda jijik selama 30 saat yang memburuk dan menghina PAS.

Jelas melalui propoganda yang tiada kepala dan penghujungnya itu PAS menjadi sasaran utama. Antara lain PAS:

Dimomokkan sebagai anti wanita TALIBAN Malaysia Menyokong keganasan dengan merestui pembunuhan terhadap non Muslim Ekstrimis dan ganas

Antara clippings yang dimuatkan adalah sedutan dari perjalanan Muktamar kita baru-baru ini termasuklah wajah Dato’ Presiden dan perwakilan Muslimat.

Sebagai pendukung PAS saya merasakan perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh pimpinan. Sewajarnya suatu usaha serius perlu segera diambil dengan memohon “restraining order” dalam bentuk “injunction” bagi menegah mereka dari berterusan menyiarkan fitnah tersebut yang melibatkan nama baik pimpinan dan parti serta seluruh pendukung parti.

Sdr. Lim Kit Siang bersungguh-sungguh meng “highlight” kan fitnah yang hampir sama yang disiarkan oleh RTM 1 dan 2. PAS tidak harus berdiam diri. Maruah dan nama baik kita dicabar dan selaras dengan tema “Menyanggah Serangan Menjana Kemenangan” PAS Pusat perlu segera mengambil tindakan undang-undang.

Midah-mudahan Allah swt mengurniakan kita kesabaran di dalam menongkah arus fitnah yang timpa-menimpa ini.

Sekian mohon maaf.

Yang benar

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Timbalan YDP PAS Kawasan Subang
Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Selangor






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com