UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PAS Wilayah kesal penggunaan JAKIM dalam kempen di IK

KENYATAAN MEDIA

BADAN Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (PAS Wilayah) ingin melahirkan rasa kesal yang amat mendalam terhadap penggunaan jentera kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kempen-kempen politik Umno/BN.

Contoh paling ketara adalah penyiaran rancangan "Dari Jakim" bertarikh 23 Januari 2002 jam 11.30 pagi yang disiarkan Televisyen Malaysia (TV1). Program setengah jam itu dimuatkan dengan ucapan Pengarah Jakim, Haji Mohamad Shahir bin Abdullah berhubung topik "Satu Penjelasan Malaysia Sebuah Negara Islam".

PAS Wilayah pada dasarnya menghormati peranan Jakim sebagai sebuah institusi kerajaan yang berperanan menjelaskan dasar dan polisi kerajaan khususnya berhubung Islam kepada rakyat. Bagaimanapun sebagai penjawat awam, adalah diluar batas-batas susila dan akhlak bagi Haji Mohamad Shahir menyerang dan mengeluarkan kenyataan memfitnah PAS dalam ucapan beliau.

PAS Wilayah yakin bahawa Haji Mohamad Shahir tidak menyangka ucapannya itu akan disiarkan secara tidak professional and tidak beretika oleh TV1, tetapi menjadi kewajipan beliau sebagai seorang penjawat awam untuk berlaku adil dan tidak bersikap memihak kepada mana-mana kumpulan politik ketika melaksanakan tugas.

Tuduhan bahawa PAS menjadi pemecah belah masyarakat, meruntuhkan institusi keluarga dan menggalakkan para penyokongnya mendirikan sembahyang dua imam adalah satu tuduhan jahat dan tidak bertanggung jawab. Mohamad Shahir sendiri gagal membuat tuduhan yang spesifik atau mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.

PAS Wilayah sedia bersemuka dengan beliau pada bila-bila masa dan tempat bagi membolehkan beliau mengemukakan bukti dakwaan tersebut. PAS Wilayah juga bersedia untuk berdialog, bermuzakarah mahupun berdebat dengan beliau berhubung konsep negara Islam tanpa sebarang syarat.

Haji Mohamad Shahir perlu lebih bertanggungjawab dalam kenyataan dan ucapannya di masa-masa akan datang dan tidak menjadikan maklumat 'kedai kopi' dan 'kaki lima' apatah lagi dari 'sumber Umno' sebagai hujah untuk memburuk-burukkan PAS di mata umum.

Jakim sendiri perlu lebih berperanan menyatukan ummah dan tidak terikut-ikut dengan hujah dan 'rentak tari' para pemimpin Umno/BN yang suka menabur fitnah and pembohongan terhadap PAS tetapi enggan bersemuka dengan PAS di pentas-pentas dialog dan muzakarah.

TAUFEK YAHYA
Setiausaha Badan Perhubungan
PAS Wilayah Persekutuan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com