UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DEWAN PEMUDA PAS BIDAS KENYATAAN YAB Datuk SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS BIDAS KENYATAAN YAB Datuk SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD.

Kenyataan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini yang membidas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertindak seolah-olah sebagai Tuhan yang boleh menentukan pahala seseorang jika menyokong Pas adalah sangat-sangat dikesalkan dan kenyataan yang tidal layak diucapkan oleh seorang Perdana Menteri.

Kenyataan ini mencerminkan sendiri akan kejahilan dan kedangkalannya dalam memahami dosa pahala. YAB Mursyidul Am PAS membuat kenyataan sedemikian bukan kerana emosi semata-mata tetapi berdasarkan ketinggian ilmunya sebagai seorang ulama. Beliau kemungkinannya menukilkan janji-janji Allah swt. di dalam al Quran yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang beriman kepada Allah swt dengan sepenuh hati dan berjuang bagi menegakkan keadilan dan kebenaran Ilahi dengan menentang kezaliman dan kemungkaran. Kenyataan YAB Tuan Guru tidak sama sekali bercanggah dengan aqeedah sebagaimana yang didakwa malahan memberi keyakinan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS supaya tidak kecewa dan putus asa dalam perjuangan.

Menyamakan YAB Tuan Guru seolah-olah Tuhan adalah kenyataan yang sangat biadab dan celupar. Dewan Pemuda PAS sangat kesal terhadap kenyataan yang penuh emosi ini. Dewan Pemuda PAS mengakui tidak ada siapapun boleh menentukan kedudukan seseorang diakhirat samaada syurga atau neraka kerana itu adalah ketentuan Allah swt. Tetapi tidak menjadi kesalahan kalau kita mempunyai keyakinan bahawa perjuangan di atas jalan yang benar akan diberi pahala oleh Allah swt. sekiranya asas-asas perjuangan dan kaedah perjuangan tidak bercanggah dengan hukum syarak dan perjuangan di atas jalan kebatilan akan diganjar dengan dosa oleh Allah swt. Kenyataan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz hanyalah kenyataan yang berbentuk motivasi dan dorongan supaya ahli-ahli PAS dan penyokong PAS sentiasa istiqamah dalam perjuangan dan tidak mudah putus asa dan kecewa walaupun belum diberi peluang untuk memerintah Malaysia.

Membuat kenyataan dengan menukilkan ayat-ayat Allah swt dalam al Quran tidak perlu mendapat mandat dari mana-mana pihak, kenyataan itu juga bukannya fatwa kerana yang berhak mengeluarkan fatwa adalah Mufti.

Dewan Permuda PAS Pusat mencabar YAB Datuk Seri Dr. Mahathir ataupun mana-mana ulama UMNO termasuk JAKIM sendiri supaya bersemuka dengan YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan membetulkan mana-mana kenyataannya yang bercanggah dengan aqeedah.

Mohd Mibahul Munir Hj Masduki
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com