UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PRESIDEN MPPUIAM DIPECAT..!!!

Ketidakwajaran, ketidakadilan dan kebatilan telah berlaku sekali lagi di bumi UIAM. Presiden MPPUIAM yang baru, Saudara Dasuki Abdul Wahab telah dipecat dgn sahnya berkuatkuasa serta-merta pada 27/12/01. Angkara siapa???

Sebenarnya UIA mencipta rekod paling gemilang apabila menyapu bersih semua kerusi yg dipertandingkan dalam PR Kampus yg lepas. 28/28 bukannya 28/36 seperti yg dilaporkan akhbar krn bakinya 8 kerusi pelajar antarabangsa tidak dipertandingkan. Ini bermakna, UMNO mencipta rekodnya yg paling teruk, buruk dan memalukan di UIA apabila tidak mendapat tpt langsung di sini. Alhamdulillah, mahasiswa UIAM dah bijak memilih. Tapi, apa yg pasti pihak pro-aspirasi kerajaan tidak akan berdiam diri membiarkan pihak pro-aspirasi Islam menerajui bumi UIAM ini. Mereka sanggup ' buat apa sahaja ' sehingga akhirnya menatijahkan pemecatan presiden MPPUIAM.

Secara kronologinya, usaha untuk menjatuhkan calon Presiden telah bermula semasa hari penamaan calon lagi. Pihak SAHABAH ( UMNO ) telah mengemukakan bantahan menolak pencalonan Saudara Dasuki atas alasan beliau pernah mengeluarkan kenyataan akhbar yg berbaur politik( rujuk Harakah Daily bertarikh 13 Jun 2001 ). Dlm kenyataannya beliau menyebut bahawa mahasiswa menentang keras kemasukan Puteri UMNO ke Kampus kerana ia bertentangan dgn AUKU. Pada masa itu Puteri UMNO giat masuk ke UIAM secara terang-terangan dan tanpa segan silu membuka kaunter pendaftaran ahli semasa minggu Taaruf pelajar baru. Dasuki yang pada ketika itu menjawat jawatan S/U Agung MPPUIAM telah membawa isu ini ke pihak atasan. Kebetulan kenyataannya tidak dikeluarkan oleh akhbar2 lain tapi dikeluarkan oleh Harakah. Alhamdulillah, bantahan pihak SAHABAH ini telah ditolak atas alasan beliau tidak pernah disabitkan dgn kesalahan tersebut. Beliau layak menjadi calon dgn selamatnya dan memperoleh undi majoriti yg tertinggi di antara 10 calon yg bertanding dlm kerusi umum. Jelas, beliau mmg layak dan mmg merupakan 'figure' yg telah dikenali oleh seluruh massa UIAM.

Keputusan PR Kampus UIAM di'gazette'kan dalam akhbar2. Berbagai2 ulasan dan liputan dibuat. Sememangnya, UIAM kampus terakhir yg mengadakan PR. Seluruh jentera UMNO dikerahkan berkampung di UIA. Mereka dah tahu, mereka susah nak menang, sbb itu mereka cari isu2 untuk men'disqualified'kan calon2 kita. UIA dihentam di akhbar2. PR Kampus UIA disifatkan sbg PR kampus yg paling teruk dan tidak berwibawa kerana ada berlaku pergaduhan kecil. Ini semua fitnah belaka yg sengaja diada2kan untuk memberi tekanan kpd pihak STADD ( HEP ).

Pada 27/12, Dasuki dipanggil oleh Disciplinary Board di atas tuduhan ' mengeluarkan kenyataan yg berbaur politik'. Beliau dibicarakan di Mahkamah UIA dan didapati bersalah. Beliau dikenakan hukuman :1) diberi amaran keras 2) didenda RM 100. Beberapa hari selepas itu, pihak STADD(HEP) memanggil semua exco untuk mesyuarat pembentukan kabinet SRC ( MPP ). DI dalam mtg ini diputuskan Saudara Dasuki menjadi Presiden MPPUIAM berkuatkuasa secara rasmi pada 11/12/2001. Dlm waktu yg sama, surat rayuan dibuat utk meringankan denda kepada RM 50.Pada wktu itu,akhbar2 masih lagi buat liputan luas ttg PR di UIAM.Sebelum cuti Hari Raya, STADD telah bermesyuarat untuk decide pemecatan Dasuki. Belum sempat surat rayuan dijawab, keluar surat pemecatan pada 27/12/2001 yg berkuatkuasa serta-merta. Sebenarnya STADD pecat Presiden kerana tekanan luar! Pemecatan Presiden MPPUIAM tak ikut prosedur kerana:

1) Perbicaraan kes Presiden masih lagi dalam peringkat rayuan. Sebarang 'subsequent judgement' mestilah dihentikan sementara.( Dia dipecat di atas kesalahan yg masih dlm peringkat rayuan). Pemecatan hanya sah selepas rayuan dijawab samada diterima atau ditolak.

2) Dalam Perlembagaan MPPUIAM, org yg boleh memecat exco SRC hanyalah Rektor @ Timb. Rektor. Dalam kes ini, surat pemecatan dikeluarkan oleh A. Bakar Sidek ( Director of Election Commission ).

3) Pemecatan dibuat tanpa memberi peluang Presiden membela diri.( satu lagi pencabulan Perlembagaan MPP )

4) Locus standi- kuasa untuk bertindak. Election Commission tak berhak memecat Presiden. Sepatutnya Disciplinary Board yg bertindak, ttp Disc.Board hanya mendenda sahaja.

5) Doctrine of Estopple - Bantahan telah ditolak semasa penamaan calon tetapi mengapa selepas dilantik menjadi Presiden bantahan dikuatkuasakan?

6) Wujud campur tangan yg luas dalam kes Presiden termasuk pihak Kementerian dan akhbar2 yg semuanya tak benar. STADD buat keputusan pecat Presiden untuk melepaskan tekanan.

7) Double Jeorpadise - Dlm Artikel 7 Perlembagaan Persekutuan, seseorang tidak boleh dibicarakan 2 kali dalam kes yg sama. Ttp Presiden dibicarakan 2 kali atas kesalahan yg sama dan dalam keadaan tidak diberi peluang membela diri!

STADD telah keluarkan arahan 9/1/2002 adalah hari penamaan calon dan pada 12/1/2002 akan diadakan PR kecil di UIAM iaitu PR kecil yg pertama dlm sejarah UIAM. ??????? Suara mahasiswa telah diperlecehkan di sini..! Plan tindakan telah diatur bermula 28/12. Doakan kemenangan berpihak kpd kebenaran. Tapi apa yg pasti PR kali ini pasti tak semudah PR yg lalu. Walau apapun, kebatilan pasti tidak dpt mengalahkan kebenaran. Semoga usaha mereka untuk 'merampas' bumi ' Taman Ilmu dan Budi ' ini digagalkan Allah. Insya Allah !!

Di mana bumi dipijak..di situ Islam ditegak..

Wassalam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com