UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Malaysia berPMkan sinyanyuk

Kata orang tak tahu nak minta ma'af walhal dia yang berfeil begitu, hentam ugama dan nabi semacam tanpa rasa takut dan bersalah. Tu dia sifat dan kelakuan siPM Malaysia.

Kan kita dah kata dah, siPM tu dah nyanyuk serta nak mampus dah!!!. Tapi itulah yang peliknya, masih ada lagi segolongan manusia yang bergelar UMNO/BN yang buta perut dan hati hingga sanggup berPM kan sinyanyuk, sedangkan diri mereka sendiri masih sihat, muda dan tak nyanyuk lagi. Pelajaran semuanya tinggi tinggi, ijazah berlapis lapis. Kelakor sungguh puak puak ni, sinyanyuk dijadikan pemimpin. Dah tu dalam nyanyuk nyanyuk siPM tibai duit negara macam bapak dia punya. Kita tak bolih salahkan dia, sebab dia dah nyanyuk. Orang nyanyuk merasakan apa yang dia buat atau makan adalah benda yang betul walaupun yang dia buat atau ambil tu hak negara serta orang lain dan makan itu adalah najis dia sendiri. Ini kena faham walaupun kamu ada Phd atau ijazah.

Orang nyanyuk ni mudah melakukan apa sahaja tanpa ada rasa bersalah atau malu, contohnya ia begitu mudah menangis, menjelir lidah, menjeling jeling bila menjawab soalan, cakap suka putar belit, dok kata orang tu tipu dan fitnah tapi dia yang fitnah, kata orang buat silap tapi tak mahu minta ma'af walhal apa yang dia kata tu semua dia dah biasa buat siang dan malam, langsung tak merasa apa apa, apa tah lagi nak minta ma'af. Ni sikap dan kelakuan orang dah nyanyuk. Pernah satu ketika dulu pengalaman penulis di mana dah berjam jam berborak dengan tok wan yang umurnya sama dengan siPM tu, tiba tiba tup dia bertanya " Kau ni anak siapa? bila sampai....." Nilah yang dialami olih siPM nyanyuk kita ni sekarang, jangan kau orang semua tak tahu.

Lagipun secara lojiklah cuba kita menungkan sejenak, apalah akan jadi kepada negara kita ni jika yang mentadbirnya terdiri daripada golongan penyamun yang berketuakan situa yang dah terlalu nyanyuk. Apakah nilai dan martabat diri kita yang berakal waras serta belum sampai ketahap nyanyuk dan juga bukan dari golongan penyamun?. Apakah kita yang harus mengembala kambing atau kambing yang harus mengembala kita?. Apakah kita yang harus menjaga tok wan yang dah nyanyuk atau haruskah tok wan kita yang dah nyanyuk menjaga dan membela kita?.

Persoalan apa akan jadi pada negara kita adalah wajib bagi kita terlibat memikirkan dan memperbetulinya kerana negara inilah sahaja yang dapat kita tinggalkan untuk anak cucu kita bagi meneruskan kesinambungan generasi dan sekaligus melangsaikan apa yang terhutang setelah mati olih kita didunia sekarang ini.

Apakah siPm ni tak dikirakan nyanyuk, jika benda berikut langsung tak diambil kisah dan langsung tak bertindak:

1. Lapuran Rasuah/menyalah guna kuasa si Rafidah Aziz.

2. Samy Vellu dengan skandal saham Maika.

3. Ling Liong sh*t dengan skandal rasuah berproxsikan anak lelakinya.

4. Kes Mat Khir Toyo yang terbaru.

5. Sikhalil Yaakub punya kes hasil lapuran si Fauzi Kuantan.

6. SiAliabulhassan kena cekup dengan duit ratusan ribu dalam laci diEPU.

7. Mat Mohd Taib raja tinju bawa duit pakai kilo.

Banyak lagi kalau nak ditulis satu persatu, langsung tak ada apa apa tindakan dari siPM sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran negara ini. Ini semua kerana apa?... Tak lain dan tak bukan sebab siPM ni dah terlalu nyanyuk dan nak mampus. Dia takkan merasa apa apa dan malu hasil sifat sebagai seorang yang dah nyanyuk. Jadi kesimpulannya, jangan diratap apa yang dia kata dan lakukan sebab itu adalah lumrah orang yang dah NYANYUK. Nyanyuk atau bahasa Qur'annya Pikun, tak ada ubatnya kecuali letakkan dia disatu tempat biarkan dia melalut dengan nyanyuknya serta bermain dengan najisnya sendiri sampai mampus.

Apakah kita tak merasa malu berketuakan sipenyamun nyanyuk walhal kita semua masih sehat dan waras tapi rela hidup dibawah seliaan sinyanyuk keturunan penyamun. Kelakor sungguh kamu rakyat Malaysia.

p'kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com