UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Apakah begitu teruknya melayu berpolitik

Hey, nanti dulu. Ini apa cerita semua ni?. Teruk dan jijik betul orang melayu berpolitik masa kini. Yang bertanding tu calon cina BN dan BA, apa pasal simelayu yang bagai nak rak bergaduh sampai ugama islam yang ternyata suci, habis di momok momokkan saolah olah islam perintah habis hancur dunia ni. Walhal yang bertanding orang cina sama cina. Sedangkan siMCA, MIC dan DAP dok perati serta tepuk tangan tak payah susah susah nak cucuk cucuk bagi melayu bergaduh, lagi banyak p'raya kecil macam ni, lagi bagus pada depa.

Orang melayu terkenal berbudi bahasa, sopan santun, sayang dan ta'at pada ugama islam. Itu dulu, sekarang dah jauh menyimpang dan semua itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Dulu kalau ada orang bergaduh dikampung kampung sampai selak selak kain, dah dikira cukup meng'aibkan bangsa dan ugama, tapi sekarang dah seluruh negara melayu dok bergaduh pasal politik. Apa dah jadi dengan orang melayu yang mengaku islam tapi dok senang senang pi pelekeh ugama dan saudara sendiri. Sampaikan ketahap kununnya kalau malaysia ni dapat kan orang islam, habis hancur dunia ni. Tak pasal pasal Taliban jadi bahan pertunjukan hari hari. Adalah dikhuatiri, maksudnya lain tapi akibatnya jadi lagi lain.

Kalau nak bertanding, tanding ajelah, kempen bagitau apa yang terbaik masing masing bolih sumbang. Kalau dikatakan fitnah, buktikan betul betul bahawa itu semua fitnah. Tak payahlah yang nak bergaduh macam nak membunuh agar tak terbunuh. Jangan jadi menang sorak, kampung tergadai, yang dikejar tak dapat, yang dikendong bertaburan.

Steadylah semua, mana yang perlu berundur, undurlah demi kesejahteraan ugama dan bangsa melayu.

p'kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com